Syair Arab menyebut: “Hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana mengikuti orang yang mulia itu satu kejayaan.”
Jika mengikuti orang yang mulia sudah dikatakan satu kejayaan, inikan pula mengikut sahabat dan golongan tabi’in. Saidina Sufyan Ibn Uyainah رضي الله عنه menyebut, ketika disebut nama orang soleh, akan turun rahmat.
Saidina Abdullah Ibn Umar رضي الله عنه pernah menyebut, sesiapa yang mahu mengambil iktibar mahupun pengajaran, hendaklah dia mengambil pengajaran orang yang sudah ma’ti.
Mengapa begitu? Persoalan itu dijawab oleh Saidina Ibn Mas’ud رضي الله عنه : “Hendaklah kamu ikut jejak langkah kehidupan orang yang sudah ma’ti kerana orang yang hidup tidak mungkin selamat sepenuhnya daripada fit’nah.”
Disebutkan oleh Saidina Muadz Ibn Jabal رضي الله عنه, hadis diriwayatkan oleh Imam al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus:”Menyebut kisah nabi, termasuk ibadat. Menyebut kisah orang soleh, pengha’pus do’sa. Mengingati kema-tian adalah sedekah dan mengingatkan ku-bur akan mendekatkan kamu kepada syurga.”
Mendengar kisah orang soleh boleh menghidupkan hati yang ma’ti. As-Syeikh Othman menyebut di dalam kitabnya, Irsyadul ‘Ibad bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Hendaklah kamu duduk bersama dengan ulama (duduk di dalam majlis ilmu mereka) dan mendengar perkataan hukama’ kerana Allah سبحانه و تعالى menghidupkan hati yang ma’ti dengan nur hikmah seperti Allah سبحانه و تعالى menghidupkan bumi yang ma’ti dengan air hujan.”
ANTARA AMALAN UNTUK MEMBUANG SIFAT SOM’BONG
Kisah yang ini dikongsikan ini adalah kisah orang soleh dan merupakan seorang ulama yang sangat dikenali di Malaysia khususnya. Beliau juga merupakan seorang Menteri Besar suatu ketika dahulu. Beliau ialah alMar’hum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ. Kisah ini bukan kisah politik, namun kisah ikhtibar dalam kalangan orang-orang soleh.
Diceritakan oleh Ustaz Dato’ Haji Badli Shah yang mana kisah ini dikisahkan kepada beliau secara mutawātir (diceritakan dari mulut ke mulut) yang menyampaikan cerita kepada beliau ialah Dato’ Ustaz Sharhan Shafie.
Dato’ Ustaz Sharhan Shafie teringat, pernah satu kali pergi ke Kota Bharu, dia balik ke Kelantan sampai awal dalam pukul 3.00 ke 4.00 pagi lebih kurang macam itu. Pergi ke masjid Pulau Melaka, sampai sahaja beliau parking kereta. Pergi ke masjid dalam pukul 3.30 pagi, Ustaz Sharhan ni orang yang berani, kalau kita tak berani dah pukul 3.30 pagi nak nak ikhtikaf di masjid.
Beliau (Ustaz Sharhan) kata lebih kurang pukul 4.00 pagi di tandas ada bunyi orang berus tandas. Kalau kita lari dah, Ustaz Sharhan tak.. dia pergi tengok, dia tengok-tengok..dia tolak pintu rupa-rupanya Menteri Besar Kelantan tengah cuci jamban (tandas) pakai berus.
Ustaz Sharhan tanya, ‘Tok Guru, Tok Guru buat apa cuci tandas pukul 4 pagi ni, takda cleaner ke?’..
‘Ada, cleaner datang pukul 6′.. jawab Tok Guru
Habis buat apa cuci ni..?
Kata Tok Guru jawab, “saya bukan cuci tandas, saya cuci sifat som’bong..’
‘Som’bong apanya Tok Guru.. Tok Guru bukannya som’bong, ramai lagi orang lain som’bong’ .. soal Ustaz Sharhan
Jawab Tok Guru.. ‘ Eh tak! saya ni Yang Amat Berhormat, orang lain Yang Berhormat. Saya besar lagi.. saya punya pingat banyak daripada orang. Orang lain dato’ je.. saya Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Saya ni menteri besar jadi dari pagi sampai malam orang hormat saya. Saya juga ustaz, orang salam saya bukan semua salam saya sebagai Menteri Besar, salam sebagai Tok Guru ada, bukan semuanya datang minta projek.. minta barokah, minta doa, orang hormat saya, cium tangan saya, bukan belakang tangan, tapak tangan pun orang cium sampai ke siku.. kadang saya takut saya jadi som’bong saya ni hamba Allah, walaupun saya menteri besar, walaupun saya ulama, saya hamba Allah.
Macam mana nak buang som’bong, saya nak sedarkan diri saya ni siapa? Saya cuci tandas. Sambil cuci saya bercakap dengan Tuhan.
‘Ya Tuhan, ini menteri besar Kelantan cuci tandas. inilah taraf aku disisi Mu ya Allah..’
Jadi kita kalau ada rasa macam-macam som’bong, rasa-rasa nak eksen sikit, berlagak sikit.. datang ke masjid..minta izin nak cuci tandas ujar Ustaz Badlishah
Begitulah secebis kisah yang boleh kita ambil tauladan dan ikhtibar daripada kisah orang soleh yang warak. Sebab itu jika kita lihat ulama-ulama terdahulu, mereka bukan selebriti, mereka tidak mencari populariti, naum sampai hari ini nama mereka orang sebut kerana mereka warak dengan Allah سبحانه و تعالى.
Begitulah contohnya dengan almar’hun Tuan Guru Nik Aziz, seorang yang soleh, warak. 20 tahun menjadi menteri besar Kelantan macam itu lah dia. Tiada ingat nak tunjuk kat siapa-siapa, tak ingat nak cari populariti .. tak ada, dia kira dia buat kerja amanah daripada Allah. Sampai hari ini orang sebut namanya.. mulia namanya pada sebut manusia lebih mulia dia disisi Allah سبحانه و تعالى .
والله أعلمُ
Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk