Andai Hati Kita Berasa Tersangat Dihimpit Dengan Masalah Maka Lakukan 5 Tindakan ini

Oleh : Ibn L-Abidin

Ulama ada berpesan, andai hati kita berasa tersangat dihimpit dengan masalah yang sedang kita tempuhi, seakan-akan ia sedang mencengkam hati kita, maka cubalah dilakukan 5 tindakan ini :

(1) – PERTAMA

Jangan nafikan masalah itu dan terima lah ia sebagai suatu dugaan yang telah ditakdirkan dalam kehidupan kita oleh Allah سبحان و تعالىٰ , Tuhan yang menentukan segalanya.

(2) — KEDUA

Hadirkan baik sangka yang tinggi kepada Allah سبحان و تعالىٰ , yang telah menentukan segala-galanya dengan kebijaksanaanNya.

Di samping turut menyakini di dalam hati kita bahawa apa yang sedang berlaku itu kerana ada kebaikan besar yang menanti untuk diberikan kepada kita.

(3) — KETIGA

Dengan penuh kepasrahan hati dan mengakui kelemahan diri, sebutlah nama Allah “Ya Lathif” ( Wahai Tuhan yang berbelas kasih dan berlaku lembut terhadap hamba-Nya) tulus daripada hati kita yang terdalam.

Berulang kali sehingga mencapai bilangan 129 kali.

(4) — KEEMPAT

Setelah itu lafazkan lah permintaan dan rayuan kepada Allah سبحان و تعالىٰ agar diberikan bantuan dan sokongan untuk menghadapi masalah yang sedang dihadapi itu.

(5) — KELIMA

Seterusnya, datangkan keyakinan yang kuat di dalam hati, bahawa doa kita pasti diterima oleh Allah سبحان و تعالىٰ , Tuhan yang Maha Baik yang tidak akan mensia-siakan hamba-Nya, dan masalah kita akan Allah سبحان و تعالىٰ selesaikan.

5 tindakan ini, mampu melonggarkan cengkaman yang dirasakan oleh hati, dan membuatkan hati berasa sedikit lapang untuk memikirkan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

Adapun langkah selanjutnya, mulakan lah berfikir strategi bagi menyelesaikan masalah dan lakukan sesuatu tindakan yang dirasakan sesuai bagi menghadapi kesu-sahan tersebut. Insya Allah, bantuan Allah سبحان و تعالىٰ akan mengiringi tindakan kita itu.

*****
Harap perkongsian ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah سبحان و تعالىٰ sentiasa menaungi kita dengan rahmat-Nya. Amin

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

 

Related articles