Ustazah Asma Harun menceritakan kisah benar banyak kes-kes datang kepadanya perihal anak-anak tak sembahyang, dah kahwin pun masih tak solat dan ibu-ibu kepada anak-anak ini datang mengadu..
Ibu berkata,
‘Ustazah apa lagi amalan nak buat ustazah, zikir ni dah buat, saya pergi umrah beberapa kali doa untuk anak, air penawar itu ini.. anak saya masih tak sembahyang lagi… ‘
Saya berkata macam ini lah dah beberapa bulan dah berapa lama ikhtiar dia .. siap si ibu berkata..
‘Ustazah, saya nak tanggung ustazah pergi umrah, ustazah tolong bawa doa untuk anak saya. Mungkin doa ustazah lebih makbul daripada saya..’
Ini kisah benar ni… kata Ustazah Asma Harun
Kemudia Ustazah Asma menyambung kisah tersebut..
Jika begitu macam ini lah hajjah.. ‘hajjah minta maaf la dengan anak..’
Kenapa ustazah? soal si ibu.
Mungkin sebab salah kitalah anak kita tak sembahyang.. tegas ustazah Asma Harun
Mungkin kita tidak didik anak itu dengan baik, sebab anak itu acuan siapa? Acuan ibu bapa..
Si Ibu pun ikutlah, dia minta maaf.. salah mak, salah ibu lah.. sebab tidak membesarkan dengan baik.
Ibu tersebut buat pengakuan. Lepas seminggu ibu tersebut bagi ustazah mesej (whatsapp)
Ustazah, baca ustazah anak saya balas apa.. bila saya mesej dengan dia.
Tahu tak anak dia balas apa? Saya pun terkejut juga.. kata ustazah kepada hadirin.
Anak dia balas, “mak memang betul semuanya salah mak.. saya jadi bergini sebab mak. Hari ini mak (ma)rah-(ma)rah saya sebab saya tak sembahyang sebab mak tak didik saya sembahyang daripada kecik..”
Anak ini, bila si ibu minta maaf rupa-rupanya si anak menyimpan (den)dam lama. Setiap kali mak tegur,setiap kali mak (ma)rah dia nak tempik.. nak bagitau.. ini salah mak. Tapi si anak tak mampu nak cakap (hormat si anak kepada si ibu)
Tapi si ibu kata, “..ustazah baca mesej selepas itu..”
Anak dia kata.. “..InsyaAllah mak, mulai hari ini saya akan sembahyang..”
Rupanya yang menghalang si anak untuk sembahyang itu adalah rasa (den)dam nak salah mak, bukan keinginan dia.. keinginan dia untuk solat itu ada.. tapi sebab dia ada rasa membe(ron)tak, rasa (den)dam.
Faham tak? ‘Soal ustazah..’
Sebab itu jika boleh lihat kadang-kadang depan kita anak-anak kita dia ma-rah cucu, dia tunjuk ma-rah. Sebab dia nak lepas masa kecik dia di(ma)rah macam mana, dia di(pu)kul macam mana.
Tetapi benda ini boleh setel (selesai) bila seorang ibu merendahkan diri yang mana sebenarnya sedang memuliakan diri
kerana orang yang sedang merendahkan diri meminta maaf kepada orang yang lebih rendah daripada dia bermakna dia sedang memulaikan dirinya. dia sedang dimuliakan oleh Allah.
Rasulullah sendiri ketika mana Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika nak wafat Baginda meminta maaf kepada semua para Sahabat
Wahai para sahabat aku meminta maaf, jika ada hak yang kalian nak tuntut daripadaku maka nyatakanlah pada hari ini kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Tiba-tiba siapa yang bangun? Ukasyah bangun…
Nota Penting : Kisah ‘Ukkasyah Radiyallahu ‘anhu mencium perut Nabi صلى الله عليه وسلم disebut oleh ramai peng-kritik hadis sebagai hadis palsu seperti al-Hafiz Ibn al-Jawzi, al-Hafiz as-Suyuti, al-Hafiz al-Haithami, al-‘Allamah al-Laknawi dan lain-lain kerana salah seorang perawinya, Abdul Mun’im bin Idris dituduh sebagai seorang pendus-ta. Maka, status kisah seperti ini perlu ditinggalkan dan mendahulukan kisah-kisah lain yang tidak palsu.
Pembaca boleh baca perbahasan mengenai kisah Ukasyah tersebut disini IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-295: KISAH UKASYAH MEMUKUL RASULULLAH SAW
Kami nukilkan kisah yang hampir sama ini berlaku kepada Usaid bin Hudhair dan bukannya kepada Ukasyah. Hadith tersebut adalah:
بَيْنَمَا هُوَ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ وَكَانَ فِيهِ مِزَاحٌ بَيْنَا يُضْحِكُهُمْ فَطَعَنَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي خَاصِرَتِهِ بِعُودٍ. فَقَالَ: أَصْبِرْنِي. فَقَالَ: اصْطَبِرْ. قَالَ: إِنَّ عَلَيْكَ قَمِيصًا وَلَيْسَ عَلَيَّ قَمِيصٌ، فَرَفَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَمِيصِهِ، فَاحْتَضَنَهُ وَجَعَلَ يُقَبِّلُ كَشْحَهُ، قَالَ إِنَّمَا أَرَدْتُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ
Maksudnya: “Ketika dia (Usaid bin Hudhair) sedang berbual dengan kaumnya dan di dalamnya terdapat gurauan yang membuatkan mereka tertawa. Maka Nabi صلى الله عليه وسلم telah memukul pinggangnya dengan sebatang kayu. Maka dia berkata: “Beri saya kesempatan untuk melakukan qisas (membalas dengan yang setimpal)”. Beliau bersabda, “Silakan membalas.” Dia berkata, “Kamu memakai baju, sedangkan aku (ketika kamu memukulku) tidak memakai baju.” Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengangkat bajunya. Maka dia terus memeluk dan menci-um pinggang Rasulullah صلى الله عليه وسلم sambil berkata: “Inilah yang aku inginkan wahai Rasulullah.”
[Riwayat Abu Daud (5224)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menyatakan ketika menilai hadith ini bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai) tetapi Abdulrahman bin Abi Layla tidak bertemu Usaid bin Hudhair]
Mulianya akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم , semulia-mulia makhluk merendahkan diri memohon maaf, meminta kepada sesiapa nak tuntut hak maka tuntutlah pada hari tersebut.. Allah.. mulianya akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Berbalik kisah si ibu tadi, ustazah melanjut persoalan..
Antara do-sa kita dengan anak mana lebih banyak? Do-sa kita dengan anak atau do-sa anak dengan kita?
Lebih baik kita mengaku sebelum kita ditanya kerana diakhirat kelak si anak boleh menuntuk kepada kedua ibu bapanya.. di akhirat kelak semua orang akan saling menuntut si isteri akan menuntut daripada suami sehalus halus perkara dia akan tuntut sebab ketika itu ne-raka dihadapannya menyala-nyala. Pada pandangan mata sorang titian sirat jatuh, jatuh.. dan kepanasan bu-suk bahan api ne-raka boleh dirasai sejauh 500 tahun perjalanan. Nak kata dasyatnya api ne-raka Allah سبحانه و تعالى
Masa itu tak ingat dah, ibu ayah akan mencari-cari apa yang boleh dituntut daripada anak, anak pula akan menuntut daripada seorang ibu dan ayah.
Ya Allah, ibuku tidak mendidikku
Ya Allah, akhlak ku buruk sebab ibuku
Ya Allah, sekian-sekian…
Tapi perkara ini kita perlu selesaikan sekarang atas dunia, hanya satu yang boleh kita buat. Kita tidak bolehnak ubah dah apa yang kita pernah buat. Apa yang kita boleh buat.. Minta Maaf
duduk sekejap.. mak nak minta maaf, mak banyak buat salah daripada kecik dulu, mak mengaku, mak gini-gini..
SubhanAllah, anak kita pun mesti akan jawab.. ‘Takpe mak, mak ni ni..’
Tetapi si anak akan rasa SubhanAllah, mulianya maknya merendahkan diri memohon maaf… betul atau tidak?
MasyaAllah.. AllahuAkhbar..
والله أعلمُ
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Rujukan : Status Kisah Ukasyah & IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-295: KISAH UKASYAH MEMUKUL RASULULLAH SAW
Video : Ustazah Asma Harun Fans Club