Anak Asyik Ulang Makan, Resepi Nasi Daging Ini Memang Berbaloi Dicuba

Nasi Daging antara sajian yang cukup terkenal di sebelah utara tanah air. Selalu dihidangkan di hari-hari perayaan atau kenduri kendara. Jika anda suka makan nasi daging anda boleh buat sendiri di rumah.

Antara resepi Nasi Dahing yang boleh anda gunakan adalah resepi perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Resepinya cukup mudah dan ramai yang pernah mencubanya.

Hasil dan rasanya? Ahli keluarga memang suka. Anak pun ulang makan dan puji rasanya sedap. Memang berbunga hati dibuatnya. Sangat sesuai dihidang kepada ahli keluarga musim-musim cuti ni.. ahli keluarga berkumpul. Jom cuba! Anda dan keluarga juga mungkin akan menggemarinya.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Nasi Ayam Hainan. Rasa Sekali Pasti Anda Nak Makan Lagi!

CARA MEMASAK NASI DAGING, AIR ASAM KERISIK & SUP TUMIS DARAT SEDAP

BAHAN NASI DAGING:

  • 4 cawan beras – basuh bersih
  • ¼ tin susu cair
  • 1-2 kiub pati daging
  • Air rebusan daging & daging – air ikut agak sukatan masak nasi
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan planta / marjerin
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit halia
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun pandan
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan rempah kari
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Dalam periuk bersesuaian, masukkan planta, bawang merah hiris, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan rempah kurma, rempah kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.

3. Bila sudah naik bau dan rempah kelihatan masak sempurna, masukkan beras yang telah dicuci, susu cair, kiub pati daging, garam secukup rasa dan air rebusan daging bersama dagingnya sekali. Sebatikan.

4. Sukatan air agak-agak mengikut sukatan beras yang digunakan.

5. Masaklah nasi hingga masak sempurna.

BAHAN AIR ASAM KERISIK

  • Sedikit belacan
  • Cili api secukupnya – potong separuh @ tumbuk separuh
  • Air asam jawa secukupnya
  • 2-3 sudu makan kerisik
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 1 biji tomato – hiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk Cukup Rasa

CARA MEMASAK:

1.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan.

2. Gaul hingga rata hingga semua bahan bersatu. Rasa dan boleh tambah jika ada perasa yang kurang.

3. Siap untuk dihidang.

BAHAN SUP TUMIS DARAT

  • Daging secukupnya
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 3-4 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit halia
  • Rempah 4 sekawan
  • Daun sup

CARA MEMASAK:

1. Hiris daging, masukkan ke dalam periuk, tambah air secukupnya, sedikit garam dan rebus hingga empuk.

2. Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan.

3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi daging yang telah direbus empuk. Kacau rata.

4. Tabur daun sup dengan secukupnya dan rasa. Tambah perisa jika perlu.

5. Sup Tumis Darat siap disediakan dan sedia dihidang bersama Nasi Daging dan Air Asam Kerisik.

Sumber/Foto: Suriani Mohd via Rasa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku.

Related articles