Pada hari ini kita sama-sama belajar tentang sebuah doa yang sangat indah, diajarkan oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada Ibu Bapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap Ibu Bapa, sesama kawan, dll.
Doa ini mudah dan ringkas, InsyaAllah kita boleh hafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa ????. Iaitu:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ. اللَّهُمَّ صَلَّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. يَا رَحِيمُ يَا وَدُود، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي/اجْعَلْنَا مَحْبُوبًا فِي قُلُوبِ __ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”
Pada tempat kosong tersebut, sahabat semua boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:
- Suami/isteri.
- Ibu Bapa.
- Anak.
- Saudara-mara.
- Kawan.
- Guru-guru.
- Orang-orang soleh.
Jangan risau, jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa Arab maka boleh diucapkan dalam bahasa Melayu, Allah سبحانه و تعالى Maha Mengetahui segalanya. Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa.
MasyaAllah, selain amalkan untuk diri, sama-sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya.
Bayangkan, suasana seluruh ahli keluarga mengaminkan doa ini ketika dibacakan selepas solat berjemaah bersama, diakhiri dengan bersalaman dan berpelukan sesama insan tersayang. InsyaAllah ia merupakan ikhtiar bagi kita membina keluarga bahagia, keluarga Syurga.
Semoga kita dapat beramal dan menjadi insan yang sentiasa berkasīh sayang dan mendapat cinta yang Maha Penyayang. ❤️????
Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Sumber/Foto : Ustazah Asma’ Harun | Facebook
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Viral Malaysiaku