DIANTARA nikmat besar yang Allah سبحانه و تعالى kurniakan, berikan kepada kita ialah nimat ditutup segala aīb dan dosā kita dihadapan orang lain. Maka seseorang manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata tetapi kerana Allah telah menutup aīb dan dosā mereka. Maka perlu kita bersyukur kepada-Nya. Cuba bayangkan sekiranya segala dosā yang kita lakukan secara tersembunyi dipamerkan ?
Di dalam satu kuliah, Tuan Guru Syeikh Zainul Asri ada berkongsi satu amalan doa agar ditutup keslahan kita di dunia dan di akhirat kelak. Mari sama-sama kita ambil manfaat daripada perkongsian Tuan Guru.
Kata Tuan Guru, “.. Ni doa ini saya tak tinggal, sebab saya takūt dosā saya pun banyak. Doa ini, kita doa minta Allah سبحانه و تعالى tutup keaīban kita atas muka bumi, kita minta Allah سبحانه و تعالى tutup keaīban kita dibawah bumi esok dan kita minta Allah سبحانه و تعالى tutup keaīban kita bila mana kita bangkīt dihadapan Allah سبحانه و تعالى kelak..”
Doanya berbunyi seperti di bawah
Bila kita hidup atas muka bumi ini, ada salah, dōsa kita buat, Tuhan tolong tutup janganlah bagi orang tahu.
اللهم استرنا فوق الأرض
Wahai Tuhan kami, tutupkan keaīban kami diatas mukabumi ini
Contohnya, dosā ini kita buat dalam rumah kita. Siapa pun tak tahu dosā yang kita buat tu. Tuhan tolong tutup janganlah buka kat orang.
وتحت الأض
dibawah muka bumi esok
Dibawah muka bumi esok. Maknanya ketika kita matī esok kita harap Tuhan tolong tutup juga, kita risau juga ketika mana kita hidup Allah سبحانه و تعالى tutup dosā kita tapi ketika matī Allah سبحانه و تعالى buka. Waktu kita hidup orang tak tahu dosā kita. Bila kita matī, orang tahu dosā kita ketika waktu kita masih hidup. Nauzubīllahimīnzalik.
Minta Allah سبحانه و تعالى selamatkan kita , tutup juga aīb dosā kita ketika kita sudah pun matī.
ويم الرض عليك
dan ketika dibentangkan amalan kami kepada Engkau
Selepas itu kita minta juga..
Tuhan tolong tutup dosā kami ketika mana dibentangkan amal kami kepada Engkau pada hari dibangkitkan kelak.
Jadi doa ini Tuan Guru Syeikh Zainul Asri kongsikan untuk sama-sama kita amal untuk kita ditutup kesalahan dosā kita di dunia dan di akhīrat kelak esok.
Cuma satu ja kita perlu ingat, orang yang Tuhan tidak tutup dosānya, kesalahān dia ini ialah orang yang dia buka sendiri dosā dia. Dia cerita sendiri, hari itu dia buat apa, waktu dulu dia buat apa, waktu muda dia buat apa. Hah, orang ini Tuhan tidak tutup.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah رضي الله عنه : “Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosā pada malam yang Allah سبحانه و تعالى menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): “Saya melakukan dosā itu dan dosā tadi malam tadi, sedangkan Allah سبحانه و تعالى menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah سبحانه و تعالى menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyākkan sampul yang disediakan oleh Allah sendiri. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Orang yang Tuhan tutup ini orang yang tidak cerita salah dan dosā kepada orang , hanya antara dia dan Tuhan. Jadi minta Tuhan tutup dosā dan aīb dia, minta Tuhan tolong ampun.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Video/Gambar : Syeikh Muhd Zainul Asri – Official