Di dalam suatu kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar menegaskan setiap amalan kita yang kita lakukan terbahagi kepada lima (5) :
PERTAMA : Amalannya itu sah, dan amalan itu Allah terima
KEDUA : Amalannya itu sah, tetapi tidak diterima Allah
(sebab apa, sebab ada sifat riak, ujub, takkabur dan lain-lain)
KETIGA : Amalanya sah dan amalannya diterima, tetapi diagihkan kepada orang. (sebab apa, sebab buat zalim pada orang, pasal mengumpat orang, pasal fitnah orang. ada pahala je bagi pada orang)
KEEMPAT : Amalannya tidak sah, dan amalannya tidak diterima Allah
KELIMA : Amalannya sah, dan amalannya diterima tetapi dipadamkan oleh Allah. (sebab apa padam.. ‘ungki’.. ‘ungkit’)
Tuan-tuan sebab itu, nak apa, nak wakaf apa, nak sedekah apa, nak tolong siapa pun buat kerana Allah. Kita tak layak nak ‘ungkit’
FIRMAN Allah سبحان و تعالىٰ yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Jangan ro-sakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menya-kiti, seperti (ro-saknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (ri-ak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (Surah al-Baqarah : 264)
Al-Wahidi berkata, “Maksudnya adalah menyebut-nyebut apa yang sudah diberikan”.
Al-Kalbi berkata, “Menyebut-nyebut sedekahnya kepada Allah dan menya-kiti perasaan orang yang menerimanya.”
Ustaz Jafri Abu Bakar juga menegaskan dengan katanya..
‘Ingat ni, orang yang ungkit pemberian bukan setakat pahala dia habis, Allah tak mau ajak bincang, Allah tak mau pandang, Allah tak bersihkan dia pada hari tersebut…”
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Tiga golongan orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kia-mat kelak, serta tidak akan dipandang-Nya, dan tidak pula disucikan-Nya, iaitu; orang yang menghulurkan kainnya, orang yang suka mengung-kit-ung’kit kebaikannya, dan orang yang menjual dagangannya dengan sumpah palsu.”
Juga disebutkan sebuah hadis:
“Tiga golongan yang tidak masuk syurga; orang yang derha-ka kepada ibu bapanya dan orang yang terus menerus minum a’rak, dan orang yang suka mengung-kit-ung’kit pemberiannya.”
Dalam hadis lain disebutkan;
“Tidak akan masuk syurga orang yang meni-pu, orang yang bak-hil dan orang yang suka mengung’kit-ung’kit pemberian.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
Suatu hari, Ibnu Sirin mendengar seorang berkata kepada sahabatnya, “Aku sudah berbuat baik kepadamu. Aku sudah melakukan ini…. dan itu …!”
Maka Ibnu Sirin menegurnya, “Diamlah! Tidak ada kebaikan dalam amal kebajikanmu jika ia disebut-sebut!”.
Sebahagian ulama’ berkata :
“Barangsiapa mengung’kit-ung’kit kebaikannya, dia bukan termasuk orang yang bersyukur; dan barangsiapa merasa bangga dengan amalnya, pahalanya menjadi terha-pus.”
Mudah-mudahan Allah سبحان و تعالىٰ melindungi diri kita semua dari melakukan perbuatan ini yang menyebabkan pahala amalan terpadam dan menjadi sia-sia.
والله أعلمُ
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Video: Irniwati Zakaria