Amalan Yang Membolehkan Imam As-Syibli Dicium Keningnya Oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم Di Dalam Mimpi

Syeikh Nawawi Al-Bantany dalam kitabnya “Nashaihul ‘Ibad Ala Al-Munabbihat Ala Al-Isti’dad li yaumil ma’ad lil imam Ibn Hajar Al’Asqalani” telah menceritakan kisah tentang waliyyullah iaitu Imam As-Syibli رحمه الله‎‎. Suatu ketika Imam As-Syibli datang menemui Ibnu Mujahid. Melihat ada seorang ulama besar yang datang, Ibnu Mujahid segera bangun dan menyambut kedatangan Imam As-Syibli. Lalu ia merangkul dan memeluk Imam As-Syibli sambil menci’um kening di antara kedua matanya.

Melihat perlakuan ini, maka seseorang bertanya kepada Ibnu Mujahid,

“Mengapa engkau lakukan ini pada As-Syibli, Wahai Ibnu Mujahid?”

Maka Ibnu Mujahid menjawab,

“Ku lakukan itu kerana aku melihat didalam mimpi bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم melakukan hal yang serupa kepada As-Syibli.”

Kemudian Ibnu Mujahid bercerita, bahwa ia pernah bermimpi melihat As-Syibli datang menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Melihat kedatangan As-Syibli, Rasulullah صلى الله عليه وسلم segera menyambut dengan memeluknya sambil mencium kening di antara kedua matanya. Melihat pemandangan itu Ibnu Mujahid—di dalam mimpinya—bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

“Mengapa engkau lakukan ini kepada As-Syibli, Wahai Rasulullah?”

Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun menjawab,

“Ya, aku lakukan itu kepada As-Syibli kerana ia tidak melakukan solat fardhu kecuali setelahnya ia selalu membaca ayat laqad jâakum Rasûlun min anfusikum….(dua ayat terakhir dari surat At-Taubah).

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ , فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ 

Kemudian setelahnya As-Syibli berselawat dengan menyebut shallallâhu ‘alaika yâ Muhammad.”

صَلَّى اللهُ عَلَيْكَ يَا مُحَمَّدُ

Setelah mimpi itu Ibnu Mujahid bertemu dengan Imam As-Syibli dan bertanyakan bacaan apa yang selalu dibacanya ketika selesai melakukan solat fardhu. Dan ternyata Imam As-Syibli menjawab bahwa ia selalu membaca ayat dan selawat tersebut setiap kali selesai daripada solat fardhu.

Caranya :

Dibaca setiap kali selepas solat fardhu dan bacaanya (Surah At-Taubah 128-129 dan Selawat) adalah seperti berikut :

 لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya : Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

Maksudnya : Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”.

 صَلَّى اللهُ عَلَيْكَ يَا مُحَمَّدُ / يَا رَسُولَ اللَّهُ

Wallahu’alam.

Mudah-mudahan juga  perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Mohammad Fadzil

Related articles