‘Diampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun..’ – Amalan Selepas Solat Asar Hari Jumaat

Allah – سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ – memerintahkan kita untuk memperbanyakkan berselawat  ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad – صلى الله عليه وسلم – bersesuaian dengan firman-Nya di dalam al-Quran:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad – صلى الله عليه وسلم -); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab: 56)

ADVERTISEMENT

Terdapat satu riwayat di dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad – صلى الله عليه وسلم – kepada Baginda – صلى الله عليه وسلم – pada setiap hari Jumaat:

Daripada Abu Umamah – رضي الله عنه -, bahawa Nabi – صلى الله عليه وسلم -bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Amalan Selawat Yang Diampunkan Do’sa 80 Tahun

ADVERTISEMENT

Abu Hurairah – رضي الله عنه – meriwayatkan bahawa Rasulullah – صلى الله عليه وسلم – bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas solat Asar, pada hari Jumaah, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan do’sanya sebanyak 80 tahun dan diganjari pahala 80 tahun ibadah.”

ADVERTISEMENT

 

Status Hadis Membaca Selawat 80 Kali Selepas Asar Hari Jumaat Diampunkan Do’sa 80 Tahun

Jawapan oleh Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Sanad hadis ini dihukumkan daif oleh Imam ad-Daraqutni, al-Hafiz Ibn al-Jawzi, al-Hafiz Ibn Hajar dan lain-lain…

Bagaimanapun, hadis ini dihukumkan hasan oleh Imam Ibn an-Nu ‘man. Hukum hasan ini dinukilkan tanpa sebarang komentar dan diikuti oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dlm Takhrij al-Ihya’, al-Hafiz as-Suyuti dalam al-Jami‘ as-Saghir, al-Hafiz Ibn ‘Arraq dlm Tanzih as-Syari‘ah, al-Muhaddith al-‘Ajluni dlm Kasyf al-Khafa’, al-Hafiz az-Zabidi dlm Ithaf as-Sadah dan Maulana Zakariyya al-Kandahlawi dalam Fadha’il Selawat (Darud).

Manakala, al-Hafiz as-Sakhawi dlm al-Qawl al-Badi‘ seolah-olah bertawaqquf (tiada memutuskan hasan atau daif) tentang status hadis ini.

Kemungkinan status hasan tersebut ialah hasan li-ghairih, iaitu hadis daif yang disokong oleh hadis daif lain yang seumpamanya, meningkatkannya kepada hasan li-ghairih. Ini kerana hadis tersebut telah diriwayatkan daripada dua jalur riwayat, iaitu dairpada Abu Hurairah – رضي الله عنه – & Anas bin Malik – رضي الله عنه – .

Bahkan, melonggarkan syarat penerimaan terhadap hadis-hadis fadha’il amal dan tidak mengetatkannya sebagaimana syarat terhadap hadis-hadis hukum hakam, adalah kaedah yang diguna pakai oleh ramai ulama hadis. Jika tidak pun, hadis ini hanya terkait dengan bab fadha’il amal dan pengamalannya tiada masalah.

والله أعلم

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

 

ADVERTISEMENT

Related articles