Amalan Ringkas Yang Pahalanya Umpama Membebaskan 10 Hamba Sahaya

Membebaskan hambā merupakan satu amalan yang sangat besar dalam Islam. Al-Quran menyifatkan amalan membebaskan hambā sebagai salah satu amalan ʿaqabah iaitu yang menjanjikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah سبحانه و تعالى‎  dan menyelamatkan seseorang daripada apī nerāka.

Firman Allah سبحانه و تعالى‎ :

فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ (11) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ (12) فَكُّ رَقَبَةٍ (13)

ADVERTISEMENT

Maksudnya: “Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: membebaskan hambā abdī”. (Surah al-Balad ayat 11-13).

Di dalam satu hadis disebutkan bahawa,

مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهَا عُضْوًا مِنْ أَعْضَائِهِ مِنَ النَّارِ حَتَّى فَرْجَهُ بِفَرْجِهِ

“Sesiapa membebaskan seorang hambā, Allah akan membebaskan, bagi setiap anggota hambā tersebut, satu anggotanya daripada apī nēraka” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

ADVERTISEMENT

Bagaimana caranya memperoleh ganjaran yang setanding membebaskan hambā pada zaman sudah tidak ada lagi hambā abdī dibebaskan?

Ya, kita masih berpeluang memperoleh ganjaran membebaskan hamba, bahkan membebaskan 10 hamba setiap hari. Caranya ialah kita melazimi zikir di bawah dan membacanya 100 kali pada setiap hari:

ADVERTISEMENT

Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda mahfumnya : “Sesiapa yang mengucapakan

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disēmbah melainakan Allah yang Esa, tidak ada sekūtu bangiNya, bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu”

sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 orang hambā sahaya, dicatit baginya 100 kebaikkan dan dihapūskan daripadanya  100 kēbūrukan dan baginya perlindungan daripada godaan syaītān pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang mengamalkan lebih banyak itu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi صلى الله عليه وسلم  menyatakan bahawa sesiapa membaca zikir tersebut sebanyak 100 kali pada satu hari, maka baginya ganjaran berikut:

  1. Ganjaran menyamai membebaskan 10 orang hambā
  2. Ditulis baginya 100 kebaikan
  3. Dipadam daripadanya 100 kebūrūkan
  4. Mendapat perlindungan daripada syaītān

Baginda juga menyatakan bahawa tidak ada orang yang mengamalkan satu zikir yang lebih baik daripada zikir tersebut, melainkan orang yang mengamalkan suatu yang lebih banyak daripada itu.

Jom amalkan zikir tersebut sebanyak 100 kali sehari. Boleh dibaca 100 kali sekaligus sama ada pada waktu pagi atau petang, boleh juga dibaca separuh pada waktu pagi dan separuh pada waktu petang, asalkan cukup bilangan 100 kali dalam satu hari. Jangan lepaskan peluang mendapat ganjaran membebaskan hambā!!!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles