Amalan Ringkas Yang Menyelamatkan Kamu Di Dalam Kubur, Padang Mahsyar Dan Titian Sirat

Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebut antara amalan yang kamu perlu buat atas muka dunīa ini. Nak suruh kamu selamat.

Nak suruh selamat, selamatnya kamu

Selamatnya kamu di dalam kūbūr
Kemudian di Padang Mahsyār selamat
Sampai di Titian Sīrat pun kamu boleh selamat

Apa dia?

Berselawat keatas Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Selawat..

Kata Ustaz Dusuki Abdul Rani lagi, ‘Saya apabila ada orang tanya..

Ustaz, nasihat lah sikit pada saya..’

Saya akan sebut selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم biar banyak.

Biar banyak dalam hidup.

Kerana diantara perkara yang paling ramai orang nak buat ialah berselawat keatas Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini ramai orang payah (cuaī/malās) nak sebut

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

sehinggakan Nabi صلى الله عليه وسلم sebut di dalam satu hadis

‎الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: “Orang yang bakhīl (kēdēkut) adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.”

Dan ia nya satu-satu amalan yang Allah سبحانه و تعالى gandakan amalan kita berganda-ganda, dengan selawat yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebut

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah سبحانه و تعالى akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Mulai harini, tanamlah azam untuk kekal berselawat pada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم paling kurang sehari semalam sebanyak 300 kali..

Yaqin dan percayalah andai kamu terus-menerus beristiqomah dengannya, nescaya akan tiba satu masa kamu pasti akan menikmati, merasai dan melihat sendiri hasilnya yang tidak akan sama sekali pernah kamu duga dan bayangkannya di dunia ini lagi sebelum hasil di akhīrat yang sudah tentu jauh lebih besar.

Semoga Allah سبحانه و تعالى‎ membuka kepada kita pintu-pintu rahmat, kasih sayang dan kurniaanNya pada kita semua, berkat kasih dan selawat kita pada junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Amin

Jika ada yang merasa sulīt untuk beramal, maka boleh mulai dahulu dengan sependek-pendek selawat pada Nabi صلى الله عليه وسلم, misalnya dari amalan Habib Abdullah bin Attas al Habsyi, adalah dengan siqhah :

‎” اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْه”

Dimulai dengan bacaan :-

‎إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Kemudian, bolehlah mula berselawat kepada Nabi dengan siqhah pendek tersebut.
Jika rasa siqhah itu masih panjang, pendekkanlah lagi dengan lafaz “صَلِّ عَلَيْه” .

Ini dah habis pendēk dan habis ringkas dah..

Selawat siqhah pendek ini, 300 kali tidak habis 3 minit pun insyaAllah.

‎أَوْلَى النَّاسِ بِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَىَّ صَلاَة

“Orang yang paling dekat denganku di hari kīamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” – Riwayat Tirmidzi

Apapun yang paling penting adalah istiqomah walau sedikit. Semoga manfaat.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles