Amalan Pada Awal Malam Ramadhan (1 Ramadhan)

Apabila mendengar pengumuman Awal Ramadhan oleh Penyimpan Mohor Besar RajaRaja Melayu, tidak mengapa1 untuk sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah Ta’ala yang telah memberikan kesempatan dipanjangkan umur untuk terus bersama dengan Ramadhan dan seterusnya mendapat kurniaan dan ganjaran yang besar di dalamnya.

Cara Sujud Syukur:

(i) Duduklah mengadap kiblat dalam keadaan berwudhu’ dan menutup aurat.
(ii) Berniat di dalam hati contohnya: “Sahaja aku sujud tanda syukur kerana Allah Ta’ala”. Boleh juga dilafazkan contohnya:

نَوَيْتُ سُجُوْدَ الشُّكْرِ سُنَةَ للهِ تَعَالَى
Sahaja (aku sujud syukur kerana Allah Ta’ala.)

ADVERTISEMENT

(iii) Bertakbir ( الله أكبر )
(iv) Sujud. Dalam sujud, bacalah:

سُبْحَانَ اللّهِ والْحَمْدُللّهِ وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اللّهُ اَكْبَرُلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بالله العلي العظيم
“Sujudlah wajahku kepada (Allah) Yang telah menjadikannya, membentuk dan memberi pendengaran dan penglihatan kepadanya, dengan daya dan kekuatanNya, maka Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta.”

Jika tidak hafal, bacalah 3 kali:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
“Maha Suci Tuhanku yang Maha,Tinggi dan dengan segala pujian ke atas-Nya.”

ADVERTISEMENT

(v) Memberi salam.

Setelah memberi salam, ucapkan syukur atas nikmat dipanjangkan umur dan dapat bersama Ramadhan lagi serta berazamlah untuk melakukan yang terbaik dalam amalan puasa serta Ubudiyyah lain sepanjang Ramadhan.

ADVERTISEMENT

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda. Allah Maha Besar, Ya Allah, tampakkanlah ia (bulan Ramadhan) kepada kami dengan membawa keberkatan dan iman, keselamatan dan Islam, serta petunjuk kepada segala yang Engkau sukai dan ridhai, Tuhanku dan Tuhanmu (wahai bulan) adalah Allah.”

“Ya Allah, rezekikanlah kepada kami kebaikan padanya (bulan Ramadhan), keberkatan dan cahayanya, dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukānnya dan kebūrūkan sesudahnya.”

“Ya Allah, jadikanlah ia bulan keberkatan, cahaya, ganjaran dan perlindungan, keridhaan dari Tuhan, Yang Maha Penyayang, dan penjagaan dari syaitan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau memberi kebaikan di dalamnya kepada hambā-hambā-Mu. Maka berikanlah kepada kami kebaikan yang Engkau berikan kepada hambā-hambā-Mu yang soleh.”

(3) Setelah selesai sembahyang fardhu Maghrib, sembahyanglah sunat Ba’diyyah (selepas) Maghrib dua rakaat.

Cara melakukannya:
(i) Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah AlFatihah, bacalah Surah Al-Fath (Innaa fatahnaa laka
fatham mubiinaa…) , ayat 1 sehingga 15 (separuh pertama). Kemudian rukuk dan lakukan sembahyang seperti biasa.
(ii) Pada rakaat kedua, setelah membaca Surah AlFatihah, bacalah Surah Al-Fath, ayat 16 sehingga selesai surah (ayat ke-29) (separuh kedua). Kemudian rukuk dan lakukan sembahyang seperti biasa.

Keterangan:
Syaikh Abu Bakar an-Naisaburi berkata, “Aku mendengar Muhammad bin Abdul Malik berkata, “Aku mendengar Mas’udi berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa sesiapa yang membaca Surah Al-Fath pada malam pertama bulan Ramadhan di dalam sembahyang sunat, dia akan mendapat penjagaan pada tahun itu. Aku (Syaikh Abu Bakar an-Naisaburi berkata, “Perkara ini telah disebutkan oleh Imam Khathib asy-Syarbini di dalam tafsirnya di akhir Surah Al-Fath daripada Ibnu Adil.”

(4) Setelah salam, bacalah doa ini:

“Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat dan roh-roh yang mulia. Selawat dan salam atas junjungan kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat Baginda yang mulia. Kami mohon kepada-Mu Ya Allah, pemeliharaan dan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa bulan Ramadhan. Rahmatilah kami dan berilah keberkatan kepada kami dalam berpuasa Ramadhan. Dan perbaikilah seluruh urusan, akhlak dan amalan kami dalam berpuasa Ramadhan.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami dengan berkat Ramadhan, hiasilah akhlak kami dengan kemuliaan Ramadhan, jadikanlah puasa kami mengikuti segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad, dengan rahmat-Mu, Ya Tuhan Yang Paling Pengasih di antara segala yang pengasih. Semoga Allah merahmati Penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda semuanya dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.”

“Wahai Tuhanku, para pemohon telah berdiri di pintu rahmat-Mu, orang-orang fāqir telah berlindung kepada kehormatan-Mu, perahu orangorang miskin telah berlabuh di pantai kemuliaanMu, mereka semua mengharapkan kemurahan rahmat dan nikmat-Mu. Wahai Tuhanku, orang-orang berpuasa telah meraih kemenangan. orang-orang yang mendirikan sembahyang telah beruntung. orangorang yang ikhlas telah terbebas dari kesalahan, sedangkan kami adalah hambā-hambā-Mu yang berdosā. Maka kasihanilah kami dengan rahmat-Mu. Muliakanlah kami dengan anugerah dan kurniaanMu sehingga kami memiliki kekuatan untuk menerima berkah di bulan Ramadhan ini. Ampunilah kami semua dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Paling Pengasih di antara segala yang pengasih..”

(5) Kemudian, bacalah 3 kali (ia juga sangat bagus dibaca pada setiap malam di bulan Ramadhan):

“Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Lembut, Yang Maha Mulia, Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai langit yang tujuh dan Dialah Tuham yang menguasai arasy yang agung.”

(6) Lakukan sembahyang Isya’ berjemaah kerana fadhilatnya seperti membangun separuh malam mengikut riwayat hadith.

(7) Lakukan sembahyang sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah kerana ganjarannya sangat besar sekali.

(8) Mohonlah segala kebaikan, keampunan dan segala hajat.

(9) Hidupkanlah malam ini dengan segala amal soleh kerana malam ini penuh dengan keberkatan.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles