Selain berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura, disunat pada hari Asyura untuk melapangkan rezeki kepada ahli keluarga yang berada dibawah tanggūngan kita dan juga kepada keluarga kita yang terdekat.
Daripada Sayyidana Abu Sa’id al-Khudruyy, beliau telah berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
من وسع على أهله يوم عاشوراء.. وسع الله عليه في سائر سنته
“Barangsiapa yang telah melapangkan ke atas ahli keluarganya pada siang hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan ke atasnya sepanjang tahunnya”. (Riwayat al-Imam al-Bayhaqi)
Berkata Sufyan al-Sauri : “Sesungguhnya kami telah mencubanya lalu kami mendapatinya seperti itu (mujarrab).” (مرقاة المفاتيح)
Hadis ini dinilai hasan oleh Imam al-Baihaqi :
و قال البيهقي : هذه الأسانيد و إن كانت ضعيفة فهي إذا ضم بعضها إلى بعض أخذت قوة .
“Berkata Imam al-Baihaqi : sanad-sanad ini meskipun dhoif maka ia apabila digabungkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, maka ia menjadi kūat”. (فتح العلام)
Maka antara amalan murah rezeki yang boleh diamalkan oleh suami/isteri/anak ketika hari Asyura’ :
- Bank in elaun khas buat isteri sempena Asyura ,
- Belanja anak isteri /ahli keluarga makan ,
- Bank in saguhati untuk ibu ayah ,
- Belikan mainan untuk anak-anak ,
- Belikan hadiah untuk isteri .
Para suami kalau nak murah rezeki selalu , bolehlah ikut tips ini. InsyaAllah.. Mujarrab ! Rezekinya sentiasa mengalir seperti air sepanjang tahun .
Di dalam buku “Hadith 40 Amalan Mudah Namun Pahala Melimpah Ruah” karangan al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam Bin Mat Husain ketikan membahaskan pengajaran Hadith Amalan Khusus Berkaitan Hari Asyura di atas menyatakan :
Barangsiapa yang menggembirakan hati ahli keluarganya dengan berbelanja lebih untuk mereka pada siang hari ‘Asyura seperti menyediakan hidangan istimewa yang jarāng dimakan pada hari-hari biasa, maka Allah yang Maha Pemurah akan membalas tindakan mulia ini dengan cara melapangkan pula rezekinya sepanjang tahun tersebut.
Menurut al-Syeikh Sulayman al-Jamal yang merupakan salah seorang ulama terkemuka dalam Madzhab al-Imam al-Syafi’iyy, kita disūnatkan pada hari ‘Asyura untuk melapangkan rezeki dan pemberian kepada ahli keluarga yang berada di bawah tanggūngan kita dan juga kepada keluarga kita yang terdekat. Kita juga disūnatkan untuk bersedekah kepada fākīr mīskīn tetapi hendaklah kadar sedekah tersebut tidak membawa kepada menyūsāhkan diri orang yang bersedekah.
Menurut beliau lagi, bagi orang yang tidak berkemampuan dari sudut harta, dia hendaklah meluaskan akhlak mulianya dan tidak menzalīmī sesiapa sahaja pada hari tersebut.
Hadith ini mengajar kita agar beriman dengan perkhabaran ghaīb yang disampaikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Ini kerana hanya insan yang benar-benar mempercayai segala sabdaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sahaja yang akan dapat meyakini bahawa antara kunci kelapangan rezeki seseorang dalam tempoh setahun adalah apabila dia meluaskan perbelanjaan untuk ahli keluarganya pada hari ‘Asyura sekalipun secara zahir tidak ada kaitan sama sekali antara tindakan melapangkan ahli keluarga pada hari ‘Asyura dengan kelapangan rezeki sepanjang setahun.
Allah سبحانه و تعالى akan membalasi seseorang berdasarkan sīkap orang tersebut kepada hambā Allah yang lain.
Sebagai contoh di dalam hadith ini, seseorang yang meluaskan pemberian buat ahli keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan meluaskan pula rezekinya sepanjang tahun tersebut.
Inilah yang sering disebutkan oleh para ulama:
الْجَزَاءُ مِنْ جِنْسِ الْعَمَلِ
yang bermaksud: “Bālasān adalah daripada jenis amalan”.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku