Syafaat bermaksud pertolongan daripada orang-orang yang diberikan keistimewaan oleh Allah سبحانه و تعالى untuk memberi syafaat bagi memenuhi hajat-hajat atau melepaskan manusia daripada kesu’sahan dan ke seng’sara-an.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, Syafaat ditakrifkan sebagai; kelebihan yang dikurniakan Allah سبحانه و تعالى kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk menolong umatnya di Padang Mah’syar kelak: barang pintanya dikabulkan Allah سبحانه و تعالى dengan berkat ~ Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , Rasulullah صلى الله عليه وسلم menceritakan, apabila manusia berada dalam keadaan saling berteng’kar dan pelbagai rupa di Padang Mah’syar, akhirnya mereka bertanya satu sama lain berapa lamakah mereka akan berada dalam keadaan itu? Masing-masing meluahkan keinginan untuk mencari syafaat yang boleh menyelamatkan mereka ketika itu. Akhirnya mereka memutuskan untuk meminta bantuan daripada Nabi Adam عليه السلام .
Menurut Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kelompok manusia yang berani mencari Nabi Adam untuk memohon syafaat adalah dalam kalangan ulama yang hidup selepas kewafatan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
Kelompok ulama ini akan bergerak mencari Nabi Adam عليه السلام dan apabila bertemu, mereka meminta Baginda memohon kepada Allah سبحانه و تعالى supaya mengadili manusia di Padang Mahsyar ketika itu.
Nabi Adam tidak berani berbuat demikian kerana berasa pernah melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kemur’kaan Allah سبحانه و تعالى. Baginda menyuruh mereka meminta pertolongan daripada Nabi Noh عليه السلام.
Di dalam kitabnya Kashful Ulum Al-Akbar ada riwayat Abi Hamid yang menceritakan manusia mula bergerak mencari Nabi Noh عليه السلام selama kira-kira seribu tahun.
Selepas bertemu Nabi Noh عليه السلام , Baginda juga sangat ta’kut kepada Allah سبحانه و تعالى kerana kaumnya berpaling daripada ajaran yang dibawanya. Nabi Noh عليه السلام meminta mereka menemui Nabi Ibrahim عليه السلام.
Pencarian manusia di Padang Mahsyar berterusan seribu tahun lagi. Apabila bertemu Nabi Ibrahim عليه السلام , Baginda tidak mampu membantu dan mencadangkan supaya mencari Nabi Musa عليه السلام .
Seribu tahun kemudian mereka bertemu dengannya tetapi Baginda juga tidak dapat berbuat apa-apa dan meminta kelompok manusia itu mencari Nabi Isa عليه السلام.
Selepas seribu tahun dan bertemu Nabi Isa عليه السلام , Baginda juga tidak berani membantu kerana sangat ta’kut dengan kemara’han Allah سبحانه و تعالى. Nabi Isa عليه السلام meminta memohon bantuan daripada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
AMALAN MUDAH UNTUK MEMPEROLEH SYAFAAT NABI صلى الله عليه وسلم
Tanda kita mencintai Nabi صلى الله عليه وسلم adalah dengan memperbanyakkan selawat. Antara amalan yang dianjurkan dalam Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم ialah selawat 10 kali pagi dan petang.
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda dari Abu Darda’ رضي الله عنه :
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ حِينَ يُصْبِحُ عَشْرًا، وَحِينَ يُمْسِي عَشْرًا، أَدْرَكَتْهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya : Sesiapa yang berselawat 10 kali pagi dan 10 kali petang atau malam dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.
Hadis Riwayat Thabrani . Imam Haithami berkata: Imam Thabrani meriwayatkan dengan 2 sanad dan salah satunya adalah jayyid dan perawinya thiqah.
Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat, Ajak lah ahli keluarga kita, saudara dan rakan rakan kita untuk berselawat sekurangnya 10 kali waktu pagi dan petang, istiqamah melakukannya nescaya Allah بحانه و تعالى akan rezekikan lidah kita untuk memperbanyakkan berselawat kepada kekasihNya.
Akhirnya, semoga Allah بحانه و تعالى menggolongkan kita dalam kalangan pencinta Nabi صلى الله عليه وسلم serta menghimpunkan kita bersama Nabi صلى الله عليه وسلم di dalam Syurga kelak. Amin.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
> Viral Malaysia Ku <