Allah سبحانه و تعالى menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penya’kit termasuk Covid-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Selain pencegahan dari aspek kesihatan dari segi kerohanian juga jangan kita abaikan.
DOA AMALAN MEMELIHARA DAN MERINGANKAN KESAN DARI WABAK PENYA’KIT
Telah disebutkan di dalam tulisan ini merupakan amalan para masyaikh min kibar (Para Ulama Besar) bahkan dinyatakan pada akhir penulisan ini ..
“.. Barang siapa yang membacanya saat ada wabak virus penya’kit, maka dia tidak akan terkena penya’kit tersebut. Dan jika sudah terkena wabak penya’kit, kemudian dia membacanya maka Allah سبحانه و تعالى meringankannya dari penya’kit tersebut sebab keberkahan dan menyembuhkannya dengan izin Allah سبحانه و تعالى dan orang yang mengaminkan doa ini juga Allah سبحانه و تعالى akan memelihara diri mereka..”
Dan ini merupakan mujarabat iaitu perkara-perkara yang telah dicuba oleh para ulama dan mereka melihatnya mujarab (berkesan)
Dan sebagian Ulama berkata : Sebagian Ulama telah banyak mencubanya bahwasanya doa tersebut besar manfaatnya. Kami telah di Uji Allah سبحانه و تعالى dengan adanya wabak, dalam hal yang sangat sulit, maka kami membacanya di aminkan bersama jama’ah kami pada setiap kata, maka tidak ada yang terkena wabak tersebut.
InsyaAllah, video dibawah ini Ustaz Ahmad Salahuddin Harun akan bacakan doa ini dan pembaca dan pendengar boleh aminkan doa ini mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى perlihara kita, Allah سبحانه و تعالى perlihara ahli keluarga kita, Allah سبحانه و تعالى perlihara sanak saudara kita, Allah سبحانه و تعالى perlihara seluruh muslimin muslimat, Allah سبحانه و تعالى perliharan seluruh manusia dan Allah سبحانه و تعالى angkat wabak yang melanda kita dan Allah سبحانه و تعالى berikan kemudahan kepada kita. InsyaAllah.
Doa ini merupakan Do’a Agung IJazah Sayyid Al Imam Abdul Wahhab As Syaroni رضي الله عنه. InsyaAllah sama-sama kita amalkan setiap hari. Terutamanya setiap kali setelah selesai solat. Kita amalkan mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى mudahkan kehidupan kita dan Allah سبحانه و تعالى perlihara kita daripada sebarang keburukan dan bencana. InsyaAllah boleh kongsikan video ini bersama ahli keluarga, mudah-mudahan untuk manfaat diri kita, ahli keluarga kita dan seluruh kaum muslim dan muslimat sekaliannya.
Link video : Amalan Memelihara Dan Meringankan Kesan Dari Wabak Penya’kit
Link Teks Doa PDF : Doa Memelihara Dan Meringankan Kesan Dari Wabak Penya’kit
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Sumber : Ahmad Salahuddin Harun
Oleh : Viral Malaysia Ku