Amalan Malam Lailatul Qadar, Antara Umpama 15 Kali Khatam Al-Quran Dalam Satu Malam.

AMALAN MALAM LAILATUL QADAR

Bagi mereka yang mempunyai azam yang kuat, maka usahakanlah:

Tarawih 20 rakaat + 11 rakaat witir. InsyaAllah

Namun, bagi yang ada kesukaran,

Disebutkan di dalam حاشية الصاوي , bagi mereka yang sukar untuk lama berdiri (menghidupkan Ramadhan), maka ia boleh memilih untuk membaca bacaan yang pahalanya banyak seperti:

MEMBACA AYAT KURSI

Kerana ia adalah ayat Al-Quran yang paling afdol

Kelebihannya:

وورد أن من قرأها ليلة القدر كان أحب الى الله تعالى من ان يختم القرآن في غيرها من الليالي

“Barangsiapa yang membacanya pada malam Al-Qadr, adalah lebih disukai disisi Allah dari ia mengkhatamkan Al-Quran pada malam-malam lain”

MEMBACA AYAT TERAKHIR (DUA AYAT TERAKHIR) SURAH AL-BAQARAH.

Kelebihannya:

ورد من قام بهما في ليلة كفتاه

“Barangsiapa yang membaca kedua ayat tersebut, nescaya mencukupi baginya”

MEMBACA SURAH AL-ZALZALAH  إذا زلزلت .

لما ورد أنها تعدل نصف القران

“Ia menyamai setengah Al-Quran”

(Baca 2x = satu Al-Quran)

MEMBACA SURAH AL-KAFIRUN.

Kelebihannya:

لما ورد أنها تعدل ربع القران

“Ia menyamai 1/4 Al-Quran”

(4x= satu Al-Quran)

MEMBACA SURAH AL-IKHLAS.

Kelebihannya:

تعدل ثلثه

“Menyamai 1/3 Al-Quran”

(3x=satu Al-Quran)

MEMBACA SURAH YASIN.

Kelebihannya:

لما ورد أنها قلب القران وأنها لما قرأت له

“Ia adalah hati Al-Quran dan ia dibaca berdasarkan apa yang diniatkan”

UMPAMA 15 KALI KHATAM AL-QURAN

Surah-Surahnya adalah

  • Al-fatihah 3x
  • Al-zalzalah 2x
  • Al-kafirun 4x
  • Al-ikhlas 3x
  • Surah yassin

MEMPERBANYAKKAN MEMBACA ISTIGHFAR.

سبحان الله , الحمدلله، لا إله إلا الله,

Zikir zikir lain, berselawat kepada baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

(ويدعو) بما أحب لنفسه ولأحبابه أحياء وأمواتا

Berdoa apa yang disukai untuk dirinya, orang yang dikasihinya samada untuk orang hidup dan yang telah matī

(ويتصدق) بما تسير له
Bersedekah sekadar apa yang mampu

(ويحفظ جوارحه) عن المعاصي
Menjaga anggota badannya dari melakukan maksiat-maksiat

MEMBACA DOA BERIKUT SEBANYAK 3 KALI.

Kelibihannya

وقد ورد :
من قال لا اله الا الله الحليم الكريم , سبحان الله رب السماوات السبع ورب العرش العظيم ( ثلاث مرات )
كان كمن أدرك ليلة القدر

Seperti mereka yang mendapat Lailatul Qadar

فينبغي الإتيان بذلك كل ليلة ، قيل : أي من قال ذلك في ليلة يظنها ليلة القدر ولم تكن ليلة القدر وعمل فيها عمل صالحا فإنه يكون عمله فيها كعمل مثل ذلك في ليلة القدر

Maka sewajar untuk membacanya pada setiap malam. Qeela (dikatakan):

“Barangsiapa yang membaca yang ia menyangka ia adalah malam Al-Qadr sedangkan ia bukan malam Al-Qadr lalu beramal soleh padanya, maka sesungguhnya amalannya pada malam tersebut seperti (beribadah) malam Al-Qadr.

والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب

Perhatian: Kelebihan bacaan Al-Quran yang dinyatakan adalah tidak sama dengan mereka yang memperbanyakkan membaca Al-Quran, namun jika boleh menggabungkan keduanya adalah lebih baik dari tidak beramal

Catatan: Abu Abbas Muhd Shahir
Darul Fath Wal Madad

Sebahagian amalan yang sunat dilakukan pada malam yang dijangka berlaku Lailatul Qadar.

Sayyidatina ‘Aisyah RA berkata: Wahai Rasulullah, sekiranya aku mendapati Lailatul Qadar, apa yang patut aku ucapkan dalam doa?

Baginda menjawab: “Ucapkanlah:

اللهم إنك عَفُوٌّ تُحِبُ الْعَفْوَ فاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, justeru maafkanlah aku.” (al-Tirmidhi)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Di oleh oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Darul Fath Wal Madad, Dr Umar Muhammad Noor

Related articles