Almond Coklat, Sedap Dan Rangupnya Memang Boleh Habis Sebalang

Jika ada jenis peminat ‘kudapan’ atau jenis suka menguyah depan tv atau sambil-sambil scroll media social di handphone maka almond bersalut coklat ini wajib anda cuba. Memang berhantu, sekali kunyah susah nak berhenti. Pasti anda akan Ralit makan, Krup krap dalam mulut. Rangup sungguh!

Nak membuatnya cukup mudah, sukatan pun senang je.. confrim menjadi, dan yang paling penting serius sedap. Silap-silap tak sempat masuk nak boh daalm balang dah habis.

Jika ada hendak mencuba ada boleh ikuti perkongsian oleh Ameera ini.

ADVERTISEMENT

ALMOND BERSALUT COKLAT

Buat kunyah kunyah depan tivi.

Bahan dan cara ada di setiap gambar ye. Selamat mencuba gais

BAHAN-BAHAN :

  • 400g almond
  • 6 pek coklat Cadbury dairy milk

LANGKAH 1

Gorengkan almond tanpa minyak ye. Api sederhana, rajin kacau dia tidur. Ibu pakai sukatan 400 gram

ADVERTISEMENT

LANGKAH 2

Selepas di goreng Kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau tidurnya supaya ranggup sebati.

ADVERTISEMENT

LANGKAH 3

Siap dah. Rasa lah. Ranggup sungguh. Tak berhenti makan sebab almond ni Ya allah sedapnya.

LANGKAH 4

Ibu guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas ye.

LANGKAH 5

Kita wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair heylok

LANGKAH 6

Sampai begini. Ya allah bau nya. Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk

LANGKAH 7

Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond ranggup nya tak boleh bawa bincang. Kalau panas panas masukkan almond hilanglah keranggupan almond tu. Sedihkan? Kacau sebati semua ye.

LANGKAH 8

Kemudian ibu pakai lapik oven tu ha, Ambil sudu letak comel comel atas tu. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Peti ais bawah bukan peti ais atas hat keras tu.

HASILNYA

Siap dah. Boleh dah mengunyah! Esok esok esok esok diet

Letak dalam balang sesiap. Letak luar pon tak cair ye. Jangan letak bawah matahari sudahlah

DAH BUAT MEMANG SEDAP

SEDAPNYA, MACAM MANA NAK DIET NI

BOLEH JE NAK DIET, GUNA DARK COCO

KUDAP-KUDAP NI MAKAN TAK RETI NAK BERHENTI DAAAA

Sedap, mudah udah, ringkas kan.. selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ameera via Rencah Rasa, Rasa

ADVERTISEMENT

Related articles