Allahu Akhbar.. Suasana Manusia Sebelum Matahari Terbit Arah Barat

Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat enam tanda besar kīamāt dicatatkan.

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سِتًّا: طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، أَوِ الدُّخَانَ، أَوِ الدَّجَّالَ، أَوِ الدَّابَّةَ، أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ

Maksudnya: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari Barat, asap, Dājjāl, al-Dabāh, perkara khusus daripada kalangan kamu (kemātīan) dan urusan umum (Kīamāt)”. [Riwayat Muslim (2947)]

Suasana manusia sebelum matahari terbit arah barat saya akan ceritakan tanda besar kīamāt yang pertama suasananya begini tuan-tuan sekalian sebelum terbit matahari daripada sebelah matahari akan menghilangkan diri nya selama tiga hari. ini juga ada satu hadis yang sahih kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم  apabila kalian bangun pada pagi itu macam biasa kita solat subuh kasi gēlap selalunya pukul 7 pagi dah cerah tetapi pada hari itu kita akan melihat pukul 7 8 pagi 9 pagi suasana begini yang macam tuan tuan lihat, tengok pada hari ini.

Kita pun tengok, “Aihh ni sudah jam 9 pagi…” Jadi kita pun tengok ke langit.. “oooo, mungkin nak hujan agaknya..”

Masa berlalu pukul 10 pagi, pukul 11 pagi kita tengok masih gelap, ini bukan nak hujan ni.. Tidak ada awan yang gelap… tidak , ini bukan nak hujan. Maka ketika itu kita tahu boleh jadi ini adalah tanda yang disebutkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم .. boleh jadi..

Kita pun tunggu lagi selepas pukul 1 tengahari suasana masih gelap. Tok bilal datang masjid pa semua.. “Aishh, nak azan ke tidak ni? Biasanya 1.30 dah masuk waktu ni tapi masih gēlap..”

Azan..  wahai bilal yang belajar ilmu hadis tentang kīāmat, azan seperti biasa. Kita pun solat seperti biasa walaupun ketika itu sudah ramai yang berkumpul di banyak tempat.

Masing-masing bertanya.. lni apa yang berlaku ni?

Masing-masing menunggu berita dari televisyen dan sebagainya. Maka kita akan tengok dalam TV dan sebagai fenomena alam yang tiada huraiannya. Sekarang ini pun, Allah سبحانه و تعالى‎ telah tunjukkan bahawa banyak fenomena alam yang tidak boleh dirungkai oleh sains dan ilmu.

Kemudian tuan-tuan kita pun akan lihat manusia sudah mula berbincang, di masjid orang sudah mula rīuh. Kita tunggu esok.

Keesokkan harinya, malam itu semua sudah tidur. Keesokkan harinya semua bangun. Hari kedua bila kita semua bangun manusia semua pakat tengok, lihat pukul 7 pagi, 8 pagi suasana masih gelap seperti waktu subuh. Ketika itu yakinlah kita dengan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم bahawasanya dalam masa sehari ataupun dua hari matahari akan terbit daripada sebelah barat.

Apabila hari kedua kita pun lihat masih lagi gelap bila sampai pukul 10 pagi, sampai pukul 11 pagi. Gelapnya adalah seperti gelap malam yang matahari tidak keluar. Gelap itu sama ada dua atau tiga hari. Bukan tiga hari confrim. Dua atau tiga hari sebab ada dua pendapat, ada dua hadis.

Tuan-tuan kita pun bangun pada hari yang keempat, jika kita mengambil pendapat yang mengatakan tiga hari gelap itu. Kita pun bangun pada hari yang keempat, seluruh manusia bangkīt pada ketika itu dan mendapati

Nabi صلى الله عليه وسلم kata seluruh penduduk bumi ini akan melihat matahari itu terbit daripada sebelah barat.

Apabila matahari terbit daripada sebelah barat, orang ramai akan menjērīt.. “itu dia matahari sedang terbit daripada sebelah barat..”

Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم , semua orang beriman ketika itu. Seluruh penduduk bumi ketika itu beriman kepada Allah سبحانه و تعالى‎. Baru mereka yakin inilah kēkuasaan Allah سبحانه و تعالى‎ dan ketika itu iman tidak lagi boleh diguna pakai kerana apabila matahari telah terbit daripada sebelah barat itu bermaksud Allah سبحانه و تعالى‎ telah menutup pintu taūbat selama-lamanya.

Kesemua orang berlari kekanan kekiri dan suasana jadi tidak tērkawal,

ada yang balik ke rumahnya menyarungkan tudungnya, baru nak menutup aurāt..

ada yang berlari ke masjid terus mengambil wuduk dan terus solat tetapi solat itu tidak boleh diguna pakai lagi

Yang bertaubat baru nak tutup aurat ketika itu tutup aurātnya tidak diterima lagi.

Kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada yang memerah susu kambing atau lembunya, dia meninggalkan pērahan itu serta merta .

Ada yang meletakkan bata pada binaaanya, dia meninggalkan bata itu serta merta , ada yang ketika itu sedang berjual beli, dan ketika itu juga dia melepaskan duit dan barangnya.

Kata Nabi صلى الله عليه وسلم, ini Nabi buat contoh, mereka balik ke rumah mengambil emas masing- masing mencari orang-orang mīskīn. Ketika itu berlari ke rumah-rumah orang mīskīn, lalu diletakkan didepan rumah orang mīskīn. Di ketuk pintu.. ’makcik.. makcik ambillah semua emas ini saya sedekah fisabillah..

makcik itu berkata.. “alangkah baiknya sedekah ini semalam kamu berikan kepada saya, ia masih bermanfaat.

Tuan-tuan beramal lah sebelum matahari terbit sebelah barat. Beramal lah.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles