Allah… Sampai Begitu Sekali Nabi صلى الله عليه وسلم Pandang Kepada Dunia

Dunia yang sementara ini tidak boleh diagungkan sehingga melupai negeri akhīrat. Mengutamakan dunia semata-mata, seolah kita memberi ruang kepada banyak penyakīt berbāhaya yang akan memudāratkan kita di akhīrat.

Di dalam satu petikan kuliah yang di sampaikan oleh Ustaz Wadi Annnuar menceritakan satu kisah bagaimana Nabi صلى الله عليه وسلم yang kita kasihi ini memandang dunia.

Marilah kita ambil pengajaran, manfaat daripada kisah ini agar dunia tidak bersarāng di dalam hati kita ini.

Ustaz Wadi Annuar menceritakan bahawa, Nabi صلى الله عليه وسلم solat , habis bagi salam selalunya Nabi صلى الله عليه وسلم akan wirid.. Istighfar apa semua tu.. Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahukahbar 33 kali.

Semua solat Nabi صلى الله عليه وسلم akan buat. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak. Kita banyak buang (tinggal benda ni), saya pun tak tahu, sunnah mana kita ikut saya pun tak tahu.

Nabi صلى الله عليه وسلم tidak pernah tinggal sampai akhir hayat. Kemudian tiba-tiba sehari itu, Nabi صلى الله عليه وسلم solat asar.. Nabi صلى الله عليه وسلم bagi salam Nabi bangun Nabi صلى الله عليه وسلم keluar daripada rumah. Kata sahabat رضي الله عنهوم sehingga Nabi صلى الله عليه وسلم melangkah pāha-pāha kami. Melangkah lutut-lutut kami. Nabi صلى الله عليه وسلم keluar semua sahabat tengok. Kemana?

Bila Nabi صلى الله عليه وسلم masuk balik sahabat bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم.

Ya Rasulullah, kenapa terus keluar?

Nabi صلى الله عليه وسلم pun bagitau, Sesungguhnya selepas solat tadi, aku teringat bahawa dirumah salah seorang isteriku berbaki sebentuk cincin emas/sebentuk emas.

Nabi صلى الله عليه وسلم kata seusai aku memberi salam aku teringat dirumah salah seorang isteriku berbaki sebentuk emas, maka aku keluar cari dimana emas itu berada. Tadi telah aku mendapatkan emas itu dan tadi juga aku telah sedekahkan emas itu kerana Allah سبحانه و تعالى‎. Kerana aku takūt sekalau-kalau seandainya hari ini Allah ambil nyawāku di dalam rumah aku ada dunia kata Nabi صلى الله عليه وسلم

Emas sebentuk Nabi صلى الله عليه وسلم risau ada dunia dalam rumah. Dalam rumah kita ada apa tuan tuan?

Dalam rumah kita ada apa tuan tuan?

Lebih daripada dunia dalam rumah kita..

Allah…. Sampai macam tu sekali Rasulullah صلى الله عليه وسلم pandang dunia

Dunia ni tiada apa apa untuk Baginda. Sikit pun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tak pandang. MasyaAllah

Allah سبحانه و تعالى‎ berfirman :

‎إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balāsan) bahawa mereka akan beroleh syurga.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

Ingat balik, kita pandang dunia macam mana?

Sebaik-baik harta ialah harta demi membantu dan digunakan ke jalan Allah سبحانه و تعالى‎

Ubah lah pandangan kita pada dunia, sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah di akhīrat kelak

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles