‘Allah Pandang Pun Tidak’, Berhati-Hati Para Ayah, Suami. Jangan Redha Perkara Ini – Pesan Ustaz Wadi

Nabi صلى الله عليه وسلم sebut dalam satu hadis ada tiga (3) kumpulan laki-laki ..

Tiga (3) kumpulan ini, pandang pun tidak Allah سبحانه و تعالى

tak pandang …

Bila sebut tak pandang … Tuhan takkan ehsan sedikit pun pada kumpulan ini..

Hati-hati tuan-tuan ..

Bila..?

kata Ustaz Wadi Annuar .. ‘ apabila saya dan kita semua berdiri di padang māhsyar suatu hari nanti’.

Hari ini kita ada jawatan kita boleh bagi alasan,
Hari ini kita orang kaya macam-macam alasan kita bagi bila bercakap dengan orang,
Hari ini kita orang masyhor .. macam-macam kita bagi alasan.

Satu hari saya dan kita semua akan berdiri di padang mahsyar di hadapan Allah سبحانه و تعالى‎ … waktu itu ingat Nabi صلى الله عليه وسلم kata ada tiga (3) kumpulan Allah سبحانه و تعالى‎ pandang pun tidak.

Tuan-tuan, para ulama’ kata cukup berat .. sebab Allah سبحانه و تعالى‎ ini sifat-Nya Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Bila Nabi صلى الله عليه وسلم kata Allah سبحانه و تعالى‎ pandang pun tidak , kata para ulama’ maksudnya Allah سبحانه و تعالى‎ tidak akan merahmati dia sedikit pun..

kumpulan yang KETIGA adalah DĀYUS …

Mereka yang membiarkan ahli keluarga melakukan maksīāt dan tidak menegur.

Dia tahu anak perempuan dia upload gambar tidak menutup aūrat.. dia tak tegur ..

Dia tahu isteri dia uplaod gambar tidak menutup aūrat.. dia tak tegur ..

sama ada dia tidak beranī ataupun dia redha dengan perbuatan isteri dan anak perempuān dia. atau pun kakak dia sebagai nya buat perkara tersebut.

Banyak yang berlaku apa?

redha..

Hmmm, biar pi la ustaz.. berlambak lagi semua buat macam tu..

Eh, isteri kamu pakai t-shirt.. tudung elok baju semua apa elok, tapi pakai t-shirt takat ini ja (lengan pendek)

Dia kata, ‘ emm, berlambak lagi orang lain terūk , teruk pada tu lagi… ‘

Pulak dah… berlambak lagi orang lain pulak dah..

Hak orang lain tu bini hang ka..

Maka berhati-hati ayah-ayah, suami-suami yang redha dengan tayangan gambar, video anak-anak isteri kita.

Video : Tazkirah – Suami Dāyus – Ustaz Wadi Annuar

والله أعلم بالصواب

Untuk para wanita pula ambillah nasihat ini.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Sarawak Roads Upadate

Related articles