Bukan semua sakīt aneh ni sīhīr atau sāntāu.
Saya khidmat dengan Habib Muhammad Al Fufri, banyak jumpa kēs orang yang sebenarnya sakīt sebab kena ‘ain, tok bomoh dok kata sīhīr smpai ke sudah. Itu yang berubāt tak lega lega, sebab ubat tak kena dengan penyākīt.
Bila mari pada orang yang benar benar ahli. Sekali pandang dah tau ‘ain bukan sīhīr atau sāka.
Diberi amalan yang sedikit alhamdulillah sembuh.
Antara amalan pendiding dari terkena ‘ain adalah melazimi surah Al Mulk setiap malam.
Rahsia dia pada ayat ke 4
ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئاً وَهُوَ حَسِيرٌ.
Dalam hidup kita, kita kena tahu , bukan semua orang yang senyum tengok kita senyum tu, benar benar senyum gembira.
Begitu jugak, bukan semua orang yang like atau love atau care kita punya status dan posting gambar gambar kita tu memang benar benar suka , atau kasih, atau caring pasal kita.
Kena sedar, memang begitu dah sunnah kehidupan ni. Tak letak gambar dengan isteri isteri dan anak anak bukan beerti hidup tak bahagia. Dan bukan semua orang yang dok upload selalu tu hakikatnya memang bahagia sentiasa.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
FAKTA-FAKTA TENTANG ‘AIN
1. ‘Ain bukan sejenis ilmu sīhīr. ‘Ain dia ada begitu saja di tubuh seseorang. ‘Ain tidak boleh di pelajari.
2.‘ Ain lebih bāhāya dan lebih sering membuat seseorang menīnggāl dibanding sihir (sāntaū, dan sejenisnya).
3. ‘Ain boleh ada di tubuh orang yang ahli alim agama, biasa dan orang yang sering berbuat dōsā
4. Pemilik ‘ain dia tidak sedar dia ada ‘ain di dalam dirinya
5. ‘Ain bisa terkena kepada orang-orang terdekat dan yang tersayang kena penyakīt ‘ain
6. Jika kita kebetulan ada ‘ainnya maka agar tak terkagum atau tidak sedar saat kita memuji atau mengagumi sesuatu, ucapkanlah Subhanallah atau Masyaallah sebelum memujinya
7. Petanda sakīt ‘Ain, jika mengenai akan rasa belīkat belakang ,akan membuat tulāng belīkat sakīt- mencūcūk-cūcūk badan kūrus walau makan banyak dan cukup zat .. Menangis siang malam tanpa sebab yang jelas.
Jika anak yang dulunya periang akan menjadi pendīam, suka menyendiri tidak fokus dalam pelajaran dan jadi kuat memberōntāk.
Jika terkena pada orang dewasa, akan mempunyai pēnyakīt yang sūsah di sembūhkan, sering menguap, dada berdebar debar, sering mimpi dengan orang yang sama dan tak bergāīrah dan bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.
8. Dalam hadith di sebutkan kelak banyak orang islam yang menīnggāl kerana ‘ain.
Mungkin kerana seiring bergantinya zaman orang islam tidak paham apa itu sakīt ‘ain dan tidak ambil peduli itu dan ketika sakīt di rasakan sakīt biasa dan terus berubat ke klinik, sampai ajāl menjemput padahal penyebab utama sakītnya kerana ‘Ain..
9. ‘Ain tidak hanya mengenai manusia,
Boleh juga terkena pada haiwan ternakan, tumbuhan dan benda mātī seperti rumah,kereta dan motor .
Makanya Nabi صلى الله عليه وسلم sampai berpesan: jika kamu melihat sesuatu yang mengagumkan pada saudaramu baik dirinya maupun hartanya maka doakanlah keberkahan untuknya kerana sesungguhnya ‘ain itu nyata
10. Pemilik ‘ain tidak memiliki ciri khusus. Kita tahu seseorang atau diri kita sendiri punya ‘ain setelah kita terkēna.
11. Tahukah Anda, ada sebuah masarakat di suku pedalaman yang kalau tidak bisa menebang suatu pohon, kerana kukuh dan kuatnya pokok tersebut maka mereka akan berdiri mengelilingi pohon sambil berkata:
“mātī kau wahai pokok, dan menyūmpah-nyūmpāh pokok tersebut setiap hari.. “
Mereka lakukan itu setiap hari sampai pokok itu benar-benar mātī oleh ‘ain atau dari salahsatu mereka
12. Perhatikan kucing saat mengīntaī cicak. Kucing hanya terus melihat cicak tersebut ,lalu cicaknya ada yang terus jatūh turun kebawah hingga kucing menērkāmnya. Ada kemungkinan kucing itu sedang melemparkan ‘ainnya. Wallahua’lam
13. Walaupun kita tidak tahu soal ‘ain, orang tua zaman dahulu tahu kadang memuji perempuan menyebabkan sakīt maka mereka mengucapkan kalimat sebaliknya seperti tidak cantik , hūdūhnya dia..
Tapi bukan itu yang di ajarkan islam, tetaplah memuji tapi dahului dengan menyebut asma Allah
14. Perubatan terbaik dari ‘ain adalah dengan mandi dari bekas wudhu penyebab sakīt ‘ain.
Ini sesuai pesan Nabi صلى الله عليه وسلم : jika ada yang memintamu berwudhu ( Mahu di ambil bekas wudhunya buat mandi) maka berwudhulah kerana sesungguhnya ‘ain itu nyata.
DIMANDIKAN DENGAN AIR.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: “Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” Tidak berapa lama kemudian Sahl terjātuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakīt.” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Siapa yang kamu curīgaī telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:
عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Kenapakah salah seorang daripada kamu membūnūh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”
Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya. Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda صلى الله عليه وسلم memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”
Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)
Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:
هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ
“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengīngkarīnya, orang yang mempersēnda-sēndakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)
15. ‘Ain, selain boleh terkena oleh seseorang (manusia) boleh juga di kenakan dari bangsa jīn dan Iblīs .
Ciri-ciri yang terkena ‘ain dari bangsa jīn adalah ada tanda sufah (bīsa kuning,bīsa hitam) di wajahnya. Warna ini berbeza dengan warna kulit wajahnya, tapi bukan kudīs atau pānaū.
Semoga keluarga kita sentiasa dilindungi .
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Akmal Hadi, Azlina Ismail