Akhbar Cina Memuji Hero Melayu ‘Flying Kick’ MBJB – Berita Eratkan Perpaduan

Akhbar Cina MEMUJI Melayu !
– Berita eratkan perpaduan –

Sin Chew hari ini melaporkan tentang seorang pegawai Majlis Perbandaran di Johor, saudara Hafiz.

Beliau dihormati netizen Cina kerana berjaya hentikan kes ra-gutan beberapa hari lalu ketika bertugas memberi kompoun.

Kini, beliau dikesan menjual burger sebagai kerja kedua. Seorang yang menunjukkan sifat keberanian dan kerajinan.

Dalam beberapa jam, hampir 3 ribu orang Cina telah “ Like “ rencana tersebut.

100 % komen adalah memuji beliau. Netizen mula memanggil beliau sebagai Abang Hero “ 英雄哥”

Kalau saya ada anak pempuan cukup umur, Saya paksa Hafiz ni jadi menantu ! (Sumber : Facebook Ulasan Apek Cina)

 

Dalam masa yang sama juga Tuah memihak kepada Hafeez apabila kedai jualan burgernya Laris Diserbu Pelanggan

Tuah Tangkap Pera-gut, Gerai Burger Hero ‘Flying Kick’ MBJB Laris Diserbu Pelanggan


Shazrin Hafeez yang berniaga menjual burger sebagai pendapatan sampingannya tidak menyangka perniagaan yang diusahakannya sejak 3 tahun lepas mendapat sambungan apabila tularnya video yang memperlihatkan tindakan berani Shazrin Hafeez ber-gelut dengan seorang pera-gut di tempat meletak kenderaan di Jalan Austin Height 8/9, Taman Mount Austin

“Saya berniaga burger sebagai pendapatan sampingan, bermula pada pukul 7 petang hingga 11.30 malam. Kebiasaannya, boleh jual antara 60 hingga 70 biji burger sehari namun semalam saya menjual lebih 200 biji burger.

“Saya tidak sangka video kejadian itu tular dengan pantas di media sosial dan saya amat berterima kasih dengan sokongan ditunjukkan orang ramai. Sekiranya saya berpeluang melakukan perkara sama pada masa depan, saya tidak akan teragak-agak untuk membantu masyarakat,” katanya ketika dihubungi hari ini (semalam). – BERNAMA

 

Related articles