Aiskrim Malaysia Filling Cream Cheese Ni Memang Sedap

Jika anda peminta aiskrim Malaysia anda perlu cuba Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese. Memang lain daripada yang lain.

Beza sangat yang selalu kita makan. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese pun terdapat pelbagai perisa.

Menurut Nurul Zainuddin beliau tidak terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Rezeki Allah nak bagi, sekarang beliau dah jadi penjual aiskrim Malaysia, aiskrim berperisa cream cheese ini antara aiskrim saya yang hot selling.

Mari ikuti perkongisian beliau di bawah ini.

aiskrim malaysia cream cheese

AISKRIM MALAYSIA BERPERISA CREAM CHEESE

Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.

Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha

Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling.

Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.

aiskrim malaysia cream cheese

BAHAN-BAHAN :

  • 2 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 10 tin air masak
  • Sedikit garam dan gula
  • Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
  • 500 gram cream cheese (recommended brand Tatura)
  • 2 sudu susu pekat
  • Piping bag
  • Plastik untuk aiskrim jangan lupa

CARA-CARANYA :

1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair.

2. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.

3. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.

4. Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.

5. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.

6. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.

Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna. Banyak tau.

Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan .

Sumber/Foto : Nurul Zainuddin

Related articles