Seperti yang kita maklum bahawa kita akan mengalami cuaca panas yang berpanjangan sehingga bulan Ogos susulan peralihan monsun. Kita digalakkan untuk mengurangkan aktiviti luar selain kerap minum air bagi mengelak dehidrasi.
Keadaan cuaca yang panas ini menjadikan ramai dalam kalangan kita yang memang nak minum air yang sejuk-sejuk sahaja. Terasa segar dan nikmatnya bila minum air sejuk seperti air tembikai lemon laici ini ketika cuaca panas dan bahang.
Jika anda ingin merasai kesedapan dan kesegaran air tembikai lemon laici ini, boleh ikuti perkongisan oleh Ben Safwan di bawah ini.
BACA JUGA : Resepi Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw. Penyegar Tekak Dikala Dahaga
AIR TEMBIKAI LEMON LAICI
Balang Ben datang lagi. Kali ni terliur air tembikai lemon laici pulaa. Terus Ben cari bahan. Fuhhhh.. sodapp
BAHAN-BAHAN :
- 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
- 1 tin laici
- 1 botol air lemon houseboom
Tak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
CARA PENYEDIAAN :
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
2. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.
3. Siap untuk dinikmati.
Mudah dan ringkas kan? Jom cuba buat
Sumber/Foto : Ben Safwan