Siapa sangka, mesin basuh yang kita selalu guna nak basuh baju, rupa-rupanya ‘mereka’ perlu dicuci juga. Lagi-lagi kalau dah lama sangat digunakan, banyak kotorān yang melekat pada bahagian besin mesin basuh tersebut.
Nak menghantar ke kedai pun leceh juga, mesti susah, sebab kena angkat lagi, mesin basuh ni agak besar, dah la berat, lepas tu kena ada kereta yang ruang besar pula tu nak masukkan mesin basuh ini.
Dah jadi banyak kerja yang kena buat, tak rosak pun mesinya cumanya setiapkali membasuh ada keladak, ada kesan hitam pada pakaian dan kadang pakaian jadi berbau
Jika anda mengalami masalah seperti ini, perkongsian ini dapat membantu anda.
Rupanya senang aje, cuma perlu Ikut STEP by STEP langkah-langkah ini.. Mintalah tolong suami ke, abang ke atau yang boleh atau pandai gunakan tools. Jom!
PUNCA KENAPA ADA KELADAK, KESAN HITAM PADA PAKAIAN DAN BERBAU SELEPAS DIBASUH
Ok, part ni pula nak jelaskan pada anda kenapa pakaian berkeladak dan berbāu selepas di basuh. Puncanya ialah disebabakan kotorān yang melekat pada keliling besen mesin basuh. Apa yang anda perlu buat hanyalah bersihkan sahaja mesin basuh tu. Mudah sahaja.. Jom!
LANGKAH 1
Buka ‘blade’ menggunakan skru driver, angkat dan bawa keluar
LANGKAH 2
Kemudian akan nampak 4 skru. Ketukkan dulu skru tersebut dahulu. Jangan terus buka sebab bila terus buka skru akan ‘loose’ dan akan menyukarkan proses untuk buka besen mesin basuh
LANGKAH 3
Lepas ketuk boleh spray dahulu WD40 ataupun spary anti-karat. Bolehlah buka skru tu
LANGKAH 4
Lepas tanggalkan skru keluarkan besen mesin basuh

LANGKAH 5
Basuh besen dan dan bahagian dalam mesin basuh

HASILNYA

LANGKAH TERAKHIR
Masukkan semula besen ke dalam mesin basuh, pasang dan ketatkan semula skru besen dan blade.
SIAP!
Nak lebih jelas boleh tonton vedio tutorial dibawah.. Mudah je.. boleh buat sendiri, save atau tunjuk pada suami supaya dapat tolong buat kerja ni. Ok, selamat mencuba!
VIDEO
Mungkin untuk lebih jelas lagi, anda boleh melihat sendiri video yang dikongsikan oleh Zuhri Mohd ini. Lihat pada minit 1:15
Link video : Cara betulkan air mesin basuh slow dan bersihkan besen mesin basuh
BACA JUGA : Air Masuk Mesin Basuh Perlahan? Ini Cara Lajukan Air Mesin Basuh Yang Slow
TERBAIK KONGSI ILMU, BERHASIL
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Zuhri Mohd