Air Masuk Mesin Basuh Perlahan? Ini Cara Lajukan Air Mesin Basuh Yang Slow

Siapa sangka, mesin basuh yang kita selalu guna nak basuh baju, rupa-rupanya ‘mereka’ perlu dicuci juga. Lagi-lagi kalau dah lama sangat digunakan, banyak kotorān yang melekat pada mesin tersebut.

Bukan itu sahaja, ada ketikanya, walaupun dah bukak paip dengan kuat, air yang masuk ke dalam mesin basuh perlahan sangat-sangat. Kalau dah perlahan, maksudnya lambat penuh lah, nak buh pun jadi lambat dan masa membasuh pun jadi lebih lama

Nak menghantar ke kedai pun susāh juga kan, sebab kena angkat lagi, mesin basuh bukannya kecik.. berat pulak tu, lepas tu kena ada kereta yang ruang besar pula tu nak masukkan mesin basuh ini.

Banyak kerja yang kena buat, hanya nak betulkan satu kerosakan itu saja.

Tapi, menerusi perkongsian dari Mazuan Lin ini, dia telah kongsikan akan langkah-langkah, dan cara bagaimana nak betulkan semula mesin basuh, agar saluran air yang tesumbat/rosak dapat dibetulkan kembali.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, perkongsian ini dapat membantu anda. Lets go!

PUNCA AIR MASUK PERLAHAN KE MESIN BASUH

Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosāk. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.

Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap-silap lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.

Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni. Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggāng terbalik.

AMāRAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!

Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.

LANGKAH 1

Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karān lah.

LANGKAH 2

Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.

LANGKAH 3

Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.

LANGKAH 4

Bukak skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.

LANGKAH 5

Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.

LANGKAH 6

Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.

LANGKAH 7

Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.

LANGKAH 8

Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja.

LANGKAH 9

Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.

LANGKAH 10

Hos air jangan lupa sambung pulak.

SIAP

Wallaa…. lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Mazuan Lin via Siakap Keli

Related articles