Ainul Mardhiah Lepasi Halangan Pertama, Rakyat Malaysia Terus Berdoa

YOU ’re a fighter, sikit lagi kakak!

Itu kata-kata ayah kepada Ainul Mardhiah, bayi menghidap kanserr ‘Germ Cell Tumor’ yang akhirnya selamat tiba di London, petang tadi.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan anaknya itu berjaya menempuh perjalanan berisiko untuk tiba di negara tersebut.

ADVERTISEMENT

“Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah, kami selamat tiba di London,” tulisnya.

Pada masa sama, Ahmad Safiuddin turut menarik nafas lega apabila Ainul berada dalam keadaan baik sepanjang penerbangan.

“Ainul telah berjaya melepasi risiko di atas flight dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Doktor dapat menjaganya dengan baik. You’re a fighter, sikit lagi kakak!,” tulisnya.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Ahmad Safiuddin tidak mendedahkan nama hospital dan tarikh Ainul akan menjalani pemeriksaan dan juga rawatan.

Dilaporkan perjalanan Ainul bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) malam Jumaat turut diiringi dua pakar bius dari hospital swasta di negara ini.

ADVERTISEMENT

Perkongsian Ahmad Saifuddin itu disambut dengan kesyukuran rakyat Malaysia yang mendoakan semoga kanak-kanak itu berjaya menerima rawatan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang berada di London turut berkesempatan melawat Ainul di salah sebuah hospital di sana.

“Alhamdulillah saya berkesempatan melawat adik Ainul Mardhiah di salah sebuah hospital di London pagi ini (Sabtu) ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow untuk pulang ke Malaysia.

“Dia tiba awal pagi tadi (Sabtu) bersama ayah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, bagi mendapatkan rawatan di sini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Dzulkefly turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar pembedahan bayi berusia lapan bulan itu berjalan dengan lancar.

“Saya difahamkan bahawa adik Ainul Mardhiah, yang berusia lapan bulan, menghidap Germ Cell Tumor sejak dilahirkan. InsyaAllah, sama-sama kita doakan yang terbaik,” katanya.

Kredit mStar

ADVERTISEMENT

Related articles