Adakah Wanita Juga Termasuk Dalam Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan Pada Hari Kiamat?

Golongan Manusia Yang Mendapat Naungan Di Hari Akhīrat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ فِي خَلَاءٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسْجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا قَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُهُ

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda; “Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam lindungan-NYA pada hari kīamat, di hari ketika tiada perlindungan selain perlindungan-NYA, iaitu; imam yang adil, pemuda yang sentiasa dalam beribadah kepada Allah, seseorang yang senantiasa mengingat Allah ketika bersendirian sehingga matanya berlinang, seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, seseorang yang diajak berzīna oleh wanita bagsawan dan rupawan, namun ia menjawab; ‘Saya takut kepada Allah’, serta seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu terhadap amalan tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Bukhari No:  6308)

ADAKAH WANITA JUGA TERMASUK DALAM TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN?

Al-Faqir telah ditanyakan soalan di atas dan jawapannya saya kongsikan di sini supaya mudah-mudahan orang ramai dapat manfaat.

Jawapan bagi soalan di atas ialah: wanita juga boleh melayakkan diri untuk tergolong di kalangan tujuh golongan yang mendapat naungan pada hari akhīrat nanti (jika mempunyai sifat yang sama) kecuali dua golongan, iaitu yang pertama: ‘pemimpin yang adil’, jika yang dimaksudkan dengan pemimpin tersebut ialah pemimpin tertinggi dalam negara. Namun jika yang dimaksudkan pemimpin ialah sebarang pemimpin, maka wanita juga boleh menyertai golongan tersebut seperti seorang ibu yang memimpin anak-anaknya dan dia berlaku adil terhadap mereka.

Golongan kedua yang layak mendapat naungan pada hari akhīrat yang tidak boleh disertai oleh wanita ialah ‘lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid’. Golongan ini khusus untuk lelaki sahaja kerana sabit dalam hadis yang sahih bahawa kaum wanita lebih afdhal beribadah di rumah. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:

لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

“Jangan kamu melārang wanita-wanita kamu pergi ke masjid. Dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka” [Hadis riwayat Abu Daud]

Adapun selain daripada dua golongan di atas, maka ia terbuka untuk lelaki dan perempuan. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan dalam Fathul Bari:

‎ذكر الرجال في هذا الحديث لا مفهوم له، بل يشترك النساء معهم فيما ذكر، إلا إن كان المراد بالإمام العادل الإمامة العظمى، وإلا فيمكن دخول المرأة حيث تكون ذات عيال فتعدل فيهم، وتخرج خصلة ملازمة المسجد؛ لأن صلاة المرأة في بيتها أفضل من المسجد، وما عدا ذلك فالمشاركة حاصلة لهن. اهـ.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Abdul Rahman
Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles