Adakah Solat Tahajud Harus Didirikan Setelah Bangun Tidur?

TAHAJUD SEBELUM TIDUR
oleh : Ustaz Azhar Idrus

SOALAN :

Saya ada dua soalan berkenaan sembahyang tahajud.

ADVERTISEMENT

Adakah perlu tidur dulu?

Kalau kita bangun tidur di tengah malam boleh atau tidak kita sembahyang tahajud dulu kemudian sembahyang isyak?

JAWAPAN :

ADVERTISEMENT

Diriwayatkan daripada Al-Aswad katanya :

سألت عائشة رضي الله عنها، كيف كانت صلاة النبي صلى الله عليه وسلم بالليل؟ قالت: «كان ينام أوله ويقوم آخره، فيصلي، ثم يرجع إلى فراشه، فإذا أذن المؤذن وثب، فإن كان به حاجة، اغتسل وإلا توضأ وخرج

ADVERTISEMENT

Artinya : “Aku telah bertanya akan Aisyah رضی اللہ عنھا bagaimana solat Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada waktu malam? Kata Aisyah رضی اللہ عنھا : Adalah baginda tidur dahulu pada awal malam kemudian bangun pada akhir malam lalu baginda sembahyang kemudian kembali ke tempat tidurnya. Maka apabila muazzin telah azan maka bangun ia. Jika ada baginya ha-jat nescaya baginda mandi dan jika tiada ha-jat maka baginda mengambil wuduk kemudian keluar.” (Sahih Bukhari)

Berkata Syeikh Bujairimi :

قوله: بعد نوم) ولو يسيرا، ولو كان النوم قبل فعل العشاء، لكن لا بد أن يكون التهجد بعد فعل العشاء، حتى يسمى بذلك وهذا هو المعتمد

Artinya : “Perkataanya selepas dari tidur itu artinya sekalipun tidur yang sekejap dan sekalipun dia tidur tidur sebelum menunaikan solat isyak akan tetapi mestilah solat tahajudnya itu selepas menunaikan solat isyak sehingga dinamakan dengan tahajud dan inilah pendapat ytang muktamad.” (Kitab Hasyiah Bujairimi)

KESIMPULAN

Solat tahajud dilakukan selepas bangun dari tidur sekalipun tidur yang sekejap tetapi yang afdhal ialah dia bangun pada akhir malam kerana mengikut amalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Harus seorang itu tidur sebelum menunaikan solat isyak untuk dia lakukan bersama solat tahajjud akan tetapi ketika dia bangun nanti disyaratkan dia tunaikan solat isyak dahulu.

Tambahan : Ustaz, kalau saya kerja shift malam saya tak boleh tido.. boleh tak saya langsung buat solat tahajud tanpa tidur dahulu ?

Jawapan: Bolih je.. niat solat sunat malam

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles