Kita mungkin biasa mendengar bahawa ada yang mengatakan bahawa seorang ayah atau suami menanggūng dōsa isteri dan anak-anaknya yang melakukan dōsa. Benarkah?
Lelaki yang dayūs adalah lelaki yang meredhai perbuatan dōsa yang dibuat oleh ahli rumah dia iaitu isterinya, anak-anaknya. Dia redha dengan maksud dia tidak kata apa-apa (tidak menegūr dan menasihati)
Yang dikatakan ayah ‘tanggūng dōsa’ isteri atau anak itu sebab dia tengok sahaja tidak kata apa-apa. Itu dayūs, yang mana Allah سبحانه و تعالى mengharāmkan orang dayūs ini masuk ke dalam syurga.
Hadis daripada Abdullah bin Umar رضي الله عنهما, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
ثَلَاثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخَبَثَ
Maksudnya: Tiga golongan yang telah diharāmkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu pēnagīh arāk, orang mendērhakaī ibu bapanya dan orang yang dayūs iaitu orang yang membiarkan kejahātan dalam keluarganya. (Riwayat Ahmad no.5372)
Imam al-Munawi رحمه الله berkata, maksud al-Dayyūs (الديوث) dalam hadis di atas ialah orang yang membiarkan kejahātan dalam keluarganya iaitu isterinya dan termasuklah juga kaūm kerabat terdekatnya.
Itu yang dikatakan tanggūng dōsa, dikatakan sebab apa berdōsa? sebab tidak menēngur bahkan lebih terūk dia tidak pernah didik isteri dan anaknya tentang agama. Yang ini lagi lah, tidak pernah didik daripada kecil.
‘.. Tak solat pun takpa, esok dah besar dia pandai lah solat.. ‘
‘.. Anak isteri tidak pakai tudung, tidak menutup aūrat, ermm takpa la.. ‘
tak biasa didik apa pun tengtang hal agama, bertambah-tambah lah dōsa.
Tetapi, jika si ayah atau suami dah puās dah nasihat, anak isteri pun dah didik, dan perkara ini (menutup aūrat misalnya) dilakukan diluar pengetahuannya, depan pakai tudung molek tutup aurāt tetapi dibelakang tak tutup aūrat. Di luar pengetahuan si ayah, di luar pengetahuan si suami. Maka ayah atau suami tidak ada kena mengena dengan dōsa yang dilakukan itu. Sebab dōsa yang dilakukan adalah diluar pengetahuan si ayah atau suami.
Maka tidak ditanggūng dōsa olehnya.
Namun jika didalam pengetahun si ayah atau suami wajib menegur dan menasihatinya.
Firman Allah سبحانه و تعالى:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” (Surah al-Nisa’:34 )
Kata Syeikh al-Sa’di, maksud lelaki adalah pemimpin di dalam ayat ini adalah kaum lelaki wajib menyuruh wanita (isteri) menunaikan hak-hak Allah seperti menjaga perkara-perkara yang fardhu dan menghālang mereka daripada melakukan perkara maksīāt. Ayat ini menunjukkan tanggungjawab kaum lelaki (suami) terhadap wanita (isteri) dalam memastikan mereka menjalankannya hak-hak tersebut. [Lihat: Taysir al-Karim, 177]
Jelas di sini bahawa si suami sama sekali tidak akan menanggūng dōsa isterinya jika si suami itu telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Adapun, jika si isteri masih melakukan perkara maksīāt setelah ditegūr (dinasihati) atau si isteri melakukan maksiāt di belakang suami (tanpa pengetahuan suami) maka si isteri itu tetap berdōsa dan suami tidak akan sama sekali menanggūng dōsa-dōsa tersebut. Ini kerana, tanggungjawab adalah untuk menasihati isteri kerana ia merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan perkara itulah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah سبحانه و تعالى di akhirat kelak jika si suami cuaī dalam mendirikan hal tersebut.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku