‘Adakah Batal Puasa Saya?’ – Saya Sahur Pukul 6.35 Pagi. Pukul 7.00 Pagi Baru Perasan Saya Ingatkan Pukul 5.35 pagi.

Ibadah puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam dan ia juga merupakan ibadah yang dilakukan oleh umat-umat yang terdahulu. Ini sepertimana Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah, 183)

Apabila berbicara mengenai puasa, pastinya akan ada persoalan-persoalan yang berkaitan dengan puasa yang bermain diminda dan membuat kita tertanya-tanya akan jawapananya.

Persoalan kali ini kami kongsikan satu kemusyikalan dalam bab puasa seperti yang dikongsikan oleh Mudir Markaz ad-Dirasat al-Islamiah, Kemasik iaitu Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Haji Hussin.

SOALAN

Saya sahur pukul 6.35 pagi.  Pukul 7.00 pagi baru perasan saya ingatkan Pukul 5.35 pagi. Adakah batal ke puasa saya ?

JAWAPAN

Menurut Pandangan Mazhab Syafie, orang yang bersahur, pada sangkaannya masih malam hari, tiba-tiba ternyata setelah itu bahawa perbuatan bersahurnya itu berlaku setelah keluar fajar maka puasanya terbatal namun dia tidaklah berdo’sa.

Imam al-Nawawi – رحمه الله – menjelaskan didalam kitab المجموع شرح المهذب 6/306 :

وَلَوْ أَكَلَ ظَانًّا غُرُوبَ الشَّمْسِ فَبَانَتْ طَالِعَةً أَوْ ظَانًّا أَنَّ الْفَجْرَ لَمْ يَطْلُعْ فَبَانَ طَالِعًا صَارَ مُفْطِرًا هَذَا هُوَ الصَّحِيحُ الَّذِي نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ وَقَطَعَ بِهِ الْمُصَنِّفُ وَالْجُمْهُورُ

” Jika seorang makan kerana pada sangkaannya matahari telah terbenam, kemudian ternyata matahari belum terbe’nam atau pada sangkaannya fajar belum keluar, kemudian ternyata fajar telah keluar, maka dikira batal puasanya. Inilah yang benar yang telah dijelaskan oleh imam Syafie. Pengarang dan majoriti memutuskan pandangan ini.”

Maka diwajibkan kepadanya qadha semula puasa hari tersebut setelah Ramadan nanti

والله أعلم بالصواب

Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Haji Hussin
Mudir Markaz ad-Dirasat al-Islamiah, Kemasik
3 Ramadan 15/4/2021

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : أبو أسامة محمد حنفية
Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles