Adab Dan Doa Ketika Minum Air Zam-Zam

Adab Minum Air Zamzam

1. MENGHADAP KIBLAT.

2. BANYAKKAN NIAT.

Antara kaedahnya :

i. Baca

اَللَّهُمَّ إِنِّي اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِي وِلِتَفْعَلَ بِي

kemudian niatkan apa yg hendak diniatkan

فَاغْفِرْلِي اَوْ إفْعَل

ii. Atau, baca

مَاءُ زَمْزَم لِماَ شُرِبَ لَهُ

kemudian niatkan apa yang hendak diniatkan

(Contoh niat: Aku minum zamzam ini kerana Allah, kerana mengikut sunnah Nabi saw, kerana mengikut sunnah para wali2 dan solihin, kerana untuk mengagungkan Mu (Allah) dan niat2 lain.)

3.  GUNAKAN TANGAN KANAN UNTUK MINUM.

4. BERDOA.

Antara doanya;

‎اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقِيْمًا
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kepada Mu, agar kau anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang melimpah luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.

*** (Dan boleh sambung dengan doa lain. Tips doa pendek tapi menyeluruh; Aku memohon dengan segala doa Nabi Muhammad saw, para sahabat dan para solihin.)

5. Membaca basmallah pada tiap kali tegukkan. MEMBACA BASMALLAH PADA SETIAP KALI TEGUKKAN

6. TIDAK MINUM DENGAN SEKALI TEGUK

Afdhalnya dengan 3 kali tegukkan @ 3 kali nafas.

7. POSISI KETIKA MINUM AIR ZAM ZAM.

boleh dalam keadaan duduk atau berdiri (tidak berjalan).

8. MINUM SEHINGGA KENYANG.

9. MENGUCAP HAMDALAH SETELAH SELESAI.

Adab minum air zam-zam ini juga sebagaimana disebutkan dalam hadis oleh Ibnu Majah:

.

Daripada Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Bakr رضي الله عنه, katanya: “Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas رضي الله عنه datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: “Dari mana engkau datang?”

Lelaki itu berkata: “Dari perigi zam-zam.”

Ibnu Abbas berkata: “Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya.”

Lelaki itu berkata: “Bagaimana?”

Ibnu Abbas berkata: “Apabila engkau minum air zam-zam, maka menghadaplah ke kiblat, sebut nama Allah سبحانه وتعالى dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zam-zam sehingga kenyang dan jika sudah selesai maka pujilah Allah عَزَّ وَ جَلَّ. Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air zam-zam itu sehingga kenyang.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

.

Ibnu Abbas menjelaskan: “Apabila minum air zam-zam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).”

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Di olah oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : FarahLee

Related articles