Dikurniakan oleh Allah سبحانه و تعالى seorang suami yang soleh dan mithali semestinya impian bagi setiap wanita. Wanita mahukan suami mereka bukan sahaja seorang yang mencintai dirinya, malah mempunyai keperibadian yang tinggi dan mulia. Mencari suami yang seperti itu adalah bukanlah sesuatu yang mudah. Namun bukanlah juga merupakan sesuatu yang sangat sukār. Anda hanya perlu ada sedikit usaha.
Mari kita ikuti perkongsian oleh Ustazah Asma Harun ini. Mudah-mudahan bermanfaat
Mulakan Berdoa Untuk Dapat Suami Yang Baik
Jika Ustazah nak cerita tentang hal peribadi ustazah, Ustazah dah mula berdoa untuk dapat suami yang baik daripada tingkatan 2 atau tingkatan 3 lebih kurang macam tu.
Awalkan..
Saya bersekolah di sekolah perempuan Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah perempuan sahaja.. tak pikir pasal kahwin ni, takda pikir pasal lelaki ni.. Lagi la zaman dahulu kala kan.. Takda la dahulu kala, lebih kurang 20 tahun lepas.
Ketika itu, ada seorang ustazah saya, saya duduk dimeja depan dan ustazah tersebut suatu hari dia bertanya kepada saya.
‘ Asma, kamu dah doa belum nak dapat suami yang soleh? ‘
Masa itu baru tingkatan 2 tingkatan 3 ..
Saya kata, ‘ Ustazah mana pikir.. eee gelī laaa taknak la cakap… ‘
Zaman tu.. zaman tu solehah tu, gurau Ustazah Asma sambil disambut senyuman para pendegar kuliah.
Masa itu takda telefon… betul tak ibu ibu sekalian?
Takda telefon.. tak tengok benda-benda ni. Duduk asrama, maksudnya zaman tu masyaAllah, bakik rumah pun main teng teng .. main macam tu je.
Jadi, bila ustazah saya cakap macam tu, dia pun cerita sikit. Dia kata :
‘ Asma.. ustazah ni diuji dengan suami pukūl, suami tak solat, suami ni.. ‘
Lepas tu dia kata lagi :
‘ Asma, bukan senang nak dapat suami yang baik. Kamu kena mula doa daripada sekarang..’
Dia lah yang ingatkan selalu…
‘ Asma, doa tak dapat suami yang baik? Nak dapat suami yang baik zaman sekarang, zaman kamu lagi payāh. Kamu dah kena doa daripada sekarang.. ‘
Mula daripada tu kan saya malū-malū doa dengan Allah. Betul …
Ya Allah, bagilah aku suami yang baik (dengan nada malū)
Macam malu tau, malu nak minta dengan Allah.
Macam, Ya Allah.. apa ni, macam kita tak pikir apa, Subhanallah.. Tapi didikan seorang ustazah kan..
SubhanaAllah, MasyaAllah , Alhamdulillah..
Bukanlah nak puji suami kan, tapi Alhamdulillah, Allah سبحانه و تعالى bagi suami seadanya.. mengikut kadar kita.. suami yang baik MasyaAllah.. Kalau saya tīnggal anak-anak 6 orang dialah yang jaga. Walaupun anak berapa bulan lahīr ke apa..
SubhanaAllah , Allah bagi seorang suami yang sangat memudahkan dakwah. Dia bukan pengajian Islam, dia bidang engineering tapi dia kata dia tak boleh dakwah, nak ceramah macam isteri dia tapi dia membantu kerja dakwah mudah-mudahan dia pun dapat sama.
Jadi dia ambil bahagian yang besar, dia pun bukannya tak sibuk, dia pun sibuk juga dengan kerjanya dan sebagainya tapi dia mengōrbankan masa dan apa hak-hak yang sepatutnya mungkin seorang suami dapat lebih tetapi membiarkan, membenarkan isterinya keluar dan dia jaga, dia menggantikan.. MasyaAllah
Saya percaya bukan satu proses yang mudah, ia memerlukan doa daripada kita dan kita perlu jaga diri kita. Allah سبحانه و تعالى akan beri apa yang kita minta.
Allah سبحانه و تعالى berfirman
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
Allah سبحانه و تعالى akan memakbulkan permitaan hambāNya
Diuji dengan suami sekian, sekian.. Ada saya bukan seorang wanita yang baik.
Jadi jika ada wanita tanya ustazah,
‘ saya diuji dengan suami sekian, sekian.. Ada saya bukan seorang wanita yang baik? ‘
Anda seumpana Asiah .. SubhanaAllah
Asiah yang diuji dengan sejahāt-jahāt manusia iaitu Firāun.
Suami kita tiadalah jāhat macam Fīrāun kan? Kalaupun pemalās ke apa ke..
Asiah, yang sebelum kematīānnya walaupun dia dalam keadaan dīderā, dibelatī, disīat dan akhirnya disodōk dengan benda tajām dengan suaminya sendiri. Tetapi saat itu Asiah hanya senyum sebab Allah سبحانه و تعالى telah memberi gambarannya disyurga. SubhanaAllah
Maka lagi sukar untuk melakukan ketaatan kepada suami, InsyaAllah makin mudah dan luas jalan kesyurga Allah سبحانه و تعالى
Sebab mudah untuk taat, hormat suami yang baik, suami yang soleh tetapi nak hormat nak taat yang tak solat sangat payāh.
Tetapi kepayāhan itu lagi payāh lagi mudah untuk ke syurga.
MasyaAllah, amin ya rabbal ‘alamin
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Ustazah Asma Fans