“Ada Rakaman CCTV, Kelihatan Dua Lelaki Pakai Helmet” – Ustaz Ebit Lew Sedih Elewsmart Sg. Buloh Dipecah Masuk

Nama Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi bagi segenap masyarakat  Malaysia. Usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ingin membantu dengan membuka Elews Mart wajar diberikan pujian.

Ustaz Ebit Lew pernah menulis tujuan dan hasratnya untuk membuka Elews Mart,

“.. Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart
.
Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangi-san. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan…” tulis Ustaz Ebit Lew

ADVERTISEMENT

Namun begitu, menerusi kiriman terbaru Ustaz Ebit Lew di Facebook miliknya meluahkan rasa se-dih apabila Elews Mart di cawangan Sungai Buloh dilaporkan telah dipecah masuk.

Rakaman CCTV menunjukkan kelihatan dua orang lelaki berpakaian lengkap dengan helmet memasuki pasar raya berkenaan pada pukul 3.30 pagi tadi

ADVERTISEMENT

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet.

ADVERTISEMENT

Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kem-bali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas mu-sibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik. – ebitlew

Sumber : Ebit Lew

ADVERTISEMENT

Related articles