Blender di rumah kita memang akan selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili. Lagi-lagi kalau kerja memasak je setiap hari. Makin lama akan makin jelas kesan kuning, bau blender pun jadi kurang enak.
Jadi eloklah kita tahu cara yang mudah untuk menghilangkan kesan kuning dan bau cili pada blender.
3 CARA MUDAH HILANGKAN KESAN KUNING KUNYIT & BAU CILI PADA BLENDER
1. GUNA KELAPA PARUT
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah, bau cili akan turut hilang.
2. LIMAU NIPIS DAN BERAS
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kesan kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
3. BAKING SODA DAN CUKA
Ramai orang tahu bahawa baking soda ada banyak kegunaannya untuk tujuan pembersihan. Dan salah satunya adalah menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya mudah sahaja, ambil ¼ cawan baking soda dan ¾ cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Kucing Gemok Channel