9 Waktu Terbaik & Mustajab Doa Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang

Menurut Ib Atha’, doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah سبحان و تعالىٰ . Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu ialah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu. Antara waktu yang dimakbulkan doa ialah :

 Berdoa sewaktu hujan turun. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

” Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” (Riwayat Abu Daud)

Pada waktu tengah malam, terutamanya sepertiga malam yang terakhir. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

” Allah سبحان و تعالىٰ turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata, ‘Ada yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Kuampunkan?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Waktu diantara Azan dan Iqamat. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

“Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ketika sujud di dalam solat. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa.” (Riwayat Muslim)

Selepas berselawat keatas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam tahiyat akhir. Perkara berdasarkan sebuah hadis bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم telah mendengar seorang sahabat membaca tahiyat akhir dalam solatnya, beliau memuji Allah سبحان و تعالىٰ , kemudian berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم . Baginda kemudian bersabda :

“Mintalah kepada Allah, nescaya akan diberikan dan mohonlah nescaya dipenuhi.” (Riwayat al-Nasa’i)

Selesai solat fardu. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم , ketika ditanya tentang waktu mustajab dia :

Ditanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , “Doa mankah yang didengari (Allah)?” Sabda Baginda : “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” ((Riwayat al-Tirmizi)

Sepanjang waktu berpuasa. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

“Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah : doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang yang bermusafir.” (Riwayat al-Baihaqi)

Sepanjang Hari Jumaat, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

“Pada hari Jumaat itu, ada waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberi-Nya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nota : [1] Pada hari Jumaat ada satu waktu yang disebut Sā’at al-Ijābah iaitu waktu doa mustajab, cuma waktunya tidak disebut dengan benar-benar jelas oleh Rasulullah sollallāhu’alayhiwasallam. Dalam kitab tentang hadis-hadis kelebihan Hari Jumaat, Imam as-Suyūtī rahimahullāh ada menyenaraikan sejumlah sekitar 30 pendapat ulama tentang bilakah waktu tersebut. Antara pendapat paling kuat ialah waktu selepas Asar hari Jumaat.  [2] Waktu ini digelar waktu Fatimiyyah kerana Sayyidatina Fatimah radiyaLlahu’anha berpegang waktu itulah doa dimakbulkan dan beliau mengkhususkan waktu tersebut untuk berdoa.

Ketika ayam berkokok. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

والله أعلمُ

Moga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles