7 Ucapan Berpahala Besar Saat Terjaga Dari Tidur Di Tengah Malam

Allah سبحانه و تعالى adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Allah سبحانه و تعالى mengurniakan kita pelbagai waktu dan sebab kepada kita yang boleh kita gunakan berdoa kepada-Nya, memohon hajat yang kita kehendaki, atau pun kita memohon keampunan daripada-Nya atas segala dosā-dosā yang telah kita lakukan.

Salah satu waktu yang Salah satu waktu yang Allah سبحانه و تعالى kurniakan kepada kita iaitu bila mana kita terjaga di malam hari. Waktu istimewa dimana Allah سبحانه و تعالى akan memakbulkan permintaan dan permohonan doa kita.

Maka alangkah beruntungnya kita ini, jika terjaga daripada tidur ditengah malam lantas kita membaca 7 ucapan atau kalimah ini dan kita berdoa memohon kepada Allah سبحانه و تعالى nescaya akan dikabulkan permintaan doa tersebut.

Dari ‘Ubadah bin Shamit  رضي الله عنه , dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Baginda bersabda :

Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (1)
Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir,

الحَمْدُ لِلَّهِ (2)
alhamdulillaah

وَسُبْحَانَ اللَّهِ (3)
wa subhaanallaah

وَلاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (4)
wa laa ilaaha illallaah

وَاللَّهُ أَكْبَرُ (5)
wallaahu akbar

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ (6)
wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksudnya : “Tiada Tuhan selain Allah satu-satunya yang tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yang memiliki kerajaan, bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.

Kemudian dia mengucapkan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي (7)
Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

dan selepas itu dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya pasti Allah سبحانه و تعالى akan mengampunkan dan mustajabkan doa untuknya

فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ.
Dan apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya

Maka, apabila kita terjaga di tengah malam, seeloknya kita baca doa demikian dan disusuli dengan doa yang kita sendiri hajatkan. Mintalah, pohonlan daripadaNya. Yakinlah, doa kita tersebut akan dimaqbulkan. Bahkan lebih elok lagi sekiranya kita māmpu bangun menunaikan solat selepas membaca doa tersebut pasti solat kita akan diterima oleh-Nya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles