Jika kita pergi ke pasar-pasar atau kedai dan gerai yang menjual jagung rebus kita akan dapati jagung yang direbus sangat cantik kejadiaanya. Berbeza dengan jagung yang kita pernah rebus.
Mesti ada diantara yang menganggap rebus jagung hanya sekadar rebus sahaja. Ada beberapa tips yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan hasil rebusan jagung yang lebih baik, supaya hasilnya empuk, sedap dan tak keras walaupun dah sejuk.
Berikut ada beberapa tips yang perlu anda tahu dan praktikan.
CARA MEREBUS JAGUNG SUPAYA HASILNYA EMPUK, SEDAP SERTA TIDAK KERAS & KECUT WALAUPUN SUDAH SEJUK
1. TIPS PILIH JAGUNG SEGAR
Mula-mula sekali masa nak membeli jagung, kenalah pilih jagung yang elok.
Sedikit tips untuk memilih jagung adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut.
Daun jagung dengan kualiti baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.
Jagung segar yang dah dibeli jangan biarkan diluar sebab ia akan kehilangan kemanisan semulajadi jagung. Kalau belum nak masak lagi, terus simpan di peti sejuk.
2. REBUS BERSAMA KULIT
Sebelum merebus, selalunya kita buangkan kulitnya dulu kan?
Tapi tahukah anda, kalau nak dapatkan hasil rebusan jagung yang segar dan tak mudah mengecut, jangan tanggalkan semua atau botakkan jagung tu tau!
Sebaliknya, kerat hujung dan pangkal jagung dan cuma buang kulit yang tua saja. Tinggalkan sedikit kulit yang muda untuk melindungi isi jagung tersebut.
Hasilnya jagung jadi lebih empuk dan lemak!
3. CARA REBUS JAGUNG AGAR EMPUK
Cara rebus jagung ni mungkin ada banyak versinya.
Yang paling mudah, masukkan ke dalam periuk dan isikan air lebih kurang separas dengan jagung.
Kemudian biarkan air mendidih dan barulah masukkan jagung. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) sekitar 5-10 minit sudah mencukupi.
4. JANGAN LETAK/BUBUH GARAM TERLALU AWAL
Jangan tambah garam semasa terlalu awal semasa merebus jagung sebab ia akan menyebabkan isi jagung menjadi keras, liat dan kecut bila dah sejuk.
Seeloknya lepas jagung dah masak nanti baru taburkan sedikit garam halus.
5. TAMBAH SEDIKIT GULA
Semasa rebus jagung, boleh juga tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang lebih manis.
6. ELAK REBUS TERLALU LAMA
Ramai yang leka masa rebus jagung sebab ia takkan hangus. Tapi elakkan rebus jagung terlalu lama tau. Bila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api.
Jika rebus jagung terlalu lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup.
7. SAPU BUTTER SELEPAS MASAK
Selepas jagung masak, bolehlah sapukan butter dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih.
Barulah rasanya bertambah lemak dan bau pun wangi! Selamat Mencuba.
Sumber : My Resipi
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku