SESUNGGUHNYA anggota tubuh yang diciptakan paling mulia ada dalam diri manusia ialah hati (kalbu).
Allah سبحانه و تعالى berfirman :
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (Surah An-Nahl, ayat 78).
Allah سبحانه و تعالى menyebut tiga perkataan ini dalam Al-Quran sebanyak 132 kali yang menggambarkan kepentingannya kepada manusia.
Berkata para ulama tafsir menegaskan tiga perkataan, iaitu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI yang Allah سبحانه و تعالى sebutkan paling kerap dalam al-Quran kerana ia adalah pintu kepada segala maklumat dan ilmu yang menyentuh kehidupan manusia.
Melalui TELINGA Mukmin memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan untuk bertindak dengan setiap ilmu yang didapati.
Begitu juga dengan MATA, Mukmin dapat melakukan perkara yang membawa kebaikan kepadanya dan umat lain di muka bumi ini.
Manakala HATI kerana kalbu memberikan Mukmin ketakwaan dan kecintaan kepada Allah سبحانه و تعالى . Dari hati juga, Allah سبحانه و تعالى memberikan ilham kepada Mukmin membuat penilaian dan perbezaan antara perkara baik dan būrūk yang akan membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan.
PELIHARA HATI
Sesungguhnya hati ibarat raja bagi anggota tubuh dan ketua dalam segala bentuk kehidupan manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah kehidupan seseorang Mukmin tetapi jika būrūk atau rosāk hati itu, maka punāh seluruh anggota tubuh dan kehidupan Mukmin.
Memelihara hati bukan seperti memelihara anggota badan yang lain, merawat hati perlu kepada ketakwaan dan keampunan dari Allah سبحانه و تعالى kerana hati yang selalu subur dengan mengingati Allah akan sentiasa terpelihara oleh rahmat Allah سبحانه و تعالى.
6 PUNCA ROSĀKNYA HATI
قال الحسن البصري رحمه الله : فساد القلوب متولد من ستة أشياء، أولها: يذنبون برجاء التوبة، ويتعلمون العلم ولا يعملون به، وإذا عملوا لا يُخلصُون، ويأكلون رزق الله ولا يشكرون، ولا يرضون بقسمة الله، ويدفنون موتاهم ولا يعتبرون.
Al-Hasan al-Basri رحمه الله berkata: Kerōsākan hati berpunca daripada enam perkara:
- Melakukan dōsā dengan harapan sempat bertaubat
- Belajar ilmu tetapi tidak beramal dengannya
- Kalau beramal pun tidak ikhlas
- Makan rezeki Allah سبحانه و تعالى tetapi tidak bersyukur
- Tidak redha dengan bahagian yang telah dibahagikan oleh Allah سبحانه و تعالى
- Mengebumikan jēnāzah tetapi tidak mengambil iktibar.
5 CARA MENGUBAT HATI
“Bagaimana nak ubat hati?”.
Cara mengubati hati ada banyak, antaranya ialah yang disarankan oleh Sidi Ibrahim al-Khawwas, seorang tokoh sufi yang masyhur. Kata beliau:
دواء القلب خمسة أشياء:
(قراءة القرآن بالتدبر، وخلاء البطن، وقيام الليل، والتضرع عند السحر، ومجالسة الصالحين).
“Ubat hati itu lima perkara:
- Membaca al-Quran dengan tadabbur
- Mengosongkan perut (dengan berpuasa)
- Qiamullail
- Merendahkan diri (dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah سبحانه و تعالى) pada waktu sahur
- Duduk-duduk bersama orang-orang soleh”.
JAGALAH HATI …
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku