6 Pesanan Ringkas Ramadhan Ini Bakal Membuat Ramadhan Anda Lebih Bermakna

6 Pesanan Ringkas Ramadhan dari Muhammad Alshareef – Pengasas Al-Maghrib Institute
Ini ialah beberapa panduan untuk memulakan Ramadhan.

1. Siapkan senarai doa. Banyak peluang doa dalam Ramadhan. Siapa yang ada senarai akan mendapat bonus dari Ramadhan. Siapa yang tiada senarai akan kehilangan peluang hebat ini.

2. Senarai doa perlu ringkas, utamakan 6 doa paling utama untuk kita beri perhatian, tenaga dan semangat.

3. Bina sistem automatik. Beli baju, barang dapur untuk sebulan dan siapkan makanan lebih awal agar tidak terganggu dengan urusan ini. Ia akan melapangkan minda dan hati pada bulan Ramadhan.

4. Cemerlang bukan berlaku secara kebetulan. Bina strategi dan rancang amalan di bulan Ramadhan lebih awal. Baca Quran pada masa khas, beri sedekah pada masa khas, solat pada masanya, agar badan kita biasa dan tidak kekok. Dalam masa tertentu, badan kita akan menjadi ringan untuk melaksanakan rutin amalan baik di bulan ini.

5. Anda bukan unta. Jangan terlebih minum atau terlebih makan untuk ‘simpan bagi masa depan’. Jasad kita tidak berperanan sedemian. Makan jumlah yang sihat dan minum air pada waktu malam. Ada barakah pada sahur. Nikmatilah sahur.

6. Perlu jangkakan ada penurunan tenaga. Beri peluang kepada diri sendiri. Terus berusaha dan istiqamah hingga ke hujung Ramadhan.

Moga Allah سبحانه و تعالى kurniakan anda semua Ramadhan yang cemerlang.

#ramadhanlebihbermakna

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit :  Fazrul Ismail

Related articles