503 Hari Yang Penuh Bereti, Dr. Zulkifli Tinggalkan Jawatan Menteri & ‘Hadiah’ Buat Rakyat Malaysia

Kuala Lumpur | 16 Ogos 2021 -Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil meluahkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan ke atasnya dan memōhon maaf atas kesīlapannya sepanjang perkhidmatannya untuk negara.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebooknya berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya itu merupakan amanah, tanggungjawab dan penghormatan daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

‘.. Alhamdulillah, 503 hari yang penuh bererti…’

Alhamdulillah, 503 hari yang penuh bererti. Amanah yang saya terima dengan lantikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Senator dan Menteri adalah tanggungjawab dan penghormatan yang dilaksanakan sedaya upaya saya. Menjunjung kasih atas kepercayaan Tuanku kepada patik pacal yang senantiasa mendoakan kebaikan buat Tuanku.

Sekalung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Begitu juga tidak dilupakan rakan-rakan kabinet yang sentiasa memberi sokongan.

Terima kasih juga kepada semua Pihak Berkuasa Agama Negeri yang memberikan kerjasama penuh bagi semua urusan hal ehwal Islam melibatkan Persekutuan – Negeri. Pastinya ia adalah untuk manfaat rakyat khususnya umat Islam.

RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga hari ini melalui inisiatif #Musaadah sejak bermulanya pandēmīk C O V I D-19 oleh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Saya minta mereka teruskan walaupun saya telah tīada.

Semua inisiatif kami sepanjang 2020-2021 akan saya bentangkan dalam minggu ini, insya-Allah. Rakyat perlu tahu ke mana setiap sen zakat, īnfaq, waqāf yang mereka salurkan melalui kami.

Terjemahan Sahih al-Bukhari, Tafsir al-Qur’an al-Bayan dan Terjemahan al-Quran versi al-Bayan adalah hadiah buat seluruh umat Islam di Malaysia. Insya-Allah, tiga kitab yang pasti menempa sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini sedang dalam urusan percetakan. Saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.
Mohon maaf atas segala kekūrangan dan kelēmahan saya sepanjang 17 bulan 6 hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sementara itu rata-rata pengguna Facebook rasa hība dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas jasa dan sumbangan, jasa untuk bakti untuk Agama Islam dan Negara yang diberikan sepanjang menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sumber : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Related articles