5 Tips ‘Khusyuk’ Dalam Solat Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid حفظه الله

Firman Allah سبحانه و تعالى :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2)

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)

ADVERTISEMENT

Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

DEFINISI KHUSYUK DI DALAM SOLAT

Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama dalam mendefinisikan khusyuk.

Kata Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah رحمه الله : Khusyuk adalah ‘Berdirinya hati di hadapan Tuhan dengan penuh ketun’dukan dan perasaan hi’na diri..’

ADVERTISEMENT

Imam Junaid Al-Baghdadi رحمه الله yang berkata: Khusyuk adalah Perasaan rendah diri di dalam hati ke hadapan Tuhan yang Maha Mengetahui perkara gha’ib. (Madarij Al-Salikin (1/521).

Imam Ibn Rajab al-Hanbali رحمه الله turut memberikan definisi yang menarik berkenaan khusyuk. Kata beliau : Asal bagi khusyuk adalah perasaan lembut jantung hati, tenang, tunduk serta tetapnya ia. (Al-Khusyuk Fi Al-Solat, Ibn Rajab Al-Hanbali (Halaman. 17).

ADVERTISEMENT

Al-Syaukani ketika mengulas ayat ini berkata: Khusyuk adalah: Sebahagian ulama memasukkannya sebagai sebahagian daripada perbuatan hati seperti perasaan ta’kut dan juga ge’run.

Manakala sebahagian yang lain mengatakan ia termasuk sebahagian dari perbuatan anggota badan seperti tenang dalam solat, tidak beralih ke sana sini, dan tidak melakukan perkara s ia-s ia di dalam solat. Dan dari segi bahasa khusyuk bermaksud: Tenang, tawadhu’ (rendah diri), ta’kut, dan juga perasaan hi’na diri. (Fath al-Qadir, al-Syaukani (1/977).

5 TIPS KHUSYUK SOLAT

Soalan : Macam mana nak menjadikan solat kita lebih khusyuk dan dengan solat itu kita takut kepada Allah سبحانه و تعالى ?

Jawapan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid حفظه الله :

1. Kalau orang ingin khusyuk dalam solat, mulakan khusyuk dalam wuduk. Dengan mengingatkan diri sendiri bahawa nak berhadapan dengan Tuhan, dengan Yang Maha Besar, dengan Yang Maha Perkasa dan dengan Yang Maha Mengetahui. Masa wuduk itu, fokus dan khusyuk.

2. Ketika di dalam perjalanan menuju ke solat, itu pun perlu di dalam keadaan fokus hendak berjumpa dengan Allah سبحانه و تعالى.

3. Sebelum mendirikan solat, bacalah lafaz Ta’awuz ( أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ) dan Surah An-Nas.

4. Bayangkanlah kita akan berhadapan dengan Allah secara ‘private’, supaya kita boleh fokus kepada Allah سبحانه و تعالى.

5. Ketika mengucapkan Takbiratul Ihram ( اللّٰهُ أَكْبَر ), difahami Allah Yang Maha Besar, lebih besar dari segalanya yang kita nak fikirkan seperti meeting, perniagaan, projek dan dari apa pun juga.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles