Lima tanda orang yang beriman dengan sebenar-benarnya ialah:
(1) APABILA DISEBUT NAMA ALLAH, HATI MEREKA AKAN TAKŪT
Firman Allah سبحانه و تعالى :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemēntarlāh hati mereka..” (Surah An-Anfal : 2)
(2) APABILA DIBACAKAN AYAT-AYAT ALLAH, IMAN MEREKA AKAN BERTAMBAH
Firman Allah سبحانه و تعالى :
وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“.. dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka bersērah.” (Surah An-Anfal : 2)
(3) MEREKA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH سبحانه و تعالى .
Firman Allah سبحانه و تعالى :
وَاللّهُ وَلِيُّهُمَا وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
“.. Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.” (ali-‘Imran: 122)
(4) MENDIRIKAN SOLAT
Firman Allah سبحانه و تعالى :
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Sural Al Mukminun :1-2)
(5) MENGĪNFAKKAN SEBAHAGIAN DARIPADA REZEKI YANG ALLAH سبحانه و تعالى BERIKAN
Firman Allah سبحانه و تعالى :
وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ
“dan yang mengīnfakkan rezeki yang Kami berikan kepada mereka” (Surah Al-Anfal: 3)
Oleh itu, kita perlu bermuhasabah untuk menilai sama ada 5 kriteria ini ada pada diri kita atau tidak..
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku