Berikut adalah 5 restorant fast food atau makanan segera yang popular satu masa dulu sebelum operasi perniagaan mereka terpaksa di tutup.
Menerusi laporan The Outlook, kebiasaannya restoran-restoran popular ini ditutup kerana tak dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
1. Tutti Frutti
Siapa yang tak kenal dengan Tutti Frutti, dulu kalau mahu masuk ke kedai ini mesti akan berhati-hati membeli pencuci mulut. Hal ini demikian kerana harga setiap pencuci mulut dikira berdasarkan berat.
Mereka yang gemar mengambil segala macam topping tanpa iman bersiap sedialah kena bayar harga mahal. Walaupun begitu, Tutti Frutti tetap menjadi sambutan rakyat Malaysia. Antara hidangan Tutti Frutti yang mendapat sambutan adalah Magic Bite, Frutti Waffles, Signature Waffles dan Tutti Frutti Sets.
Sayangnya restoran makanan segera yang dibuka pada tahun 2009 ini juga turut ditutup ekoran masalah kualiti sehingga pelanggan kurang mendapatkannya. Sebelum ditutup sepenuhnya, restoran ini miliki 83 cawangan seluruh negara.
2. Grandy’s
Grandy’s merupakan antara restoran makanan segera terawal yang memulakan operasi di Malaysia. Antara menu paling popular Grandy’s adalah ayam rangup tanpa tulang yang dihidang bersama jagung rebus dan kentang putar.
Sebelum kehadiran Texas Chicken, Grandy’s adalah restoran makanan segera paling awal yang menyediakan soft drink yang boleh di isi semula sampai perut kembung. Restoran makanan segera ini juga pernah buat kemunculan di filem Kembaran Seniman Jalanan.
Walau bagaimanapun setelah dibeli oleh Captain D’s, kesemua cawangan terpaksa ditutup ekoran ketidakmampuan mematuhi SOP kesihatan.
3. Wendy’s
Restoran ini telah wujud di Malaysia sejak tahun 1980 tetapi terpaksa ditutup ekoran tidak mampu bertahan dengan budaya rakyat tempatan yang masih kurang terdedah dengan konsep makanan segera.
Walau bagaimanapun, Wendy’s kembali ke Malaysia sekali lagi pada tahun 2008 dan terus mendapat sambutan hangat daripada pelanggan. Lantaran daripada itu, restoran yang dibuka di Berjaya Time Square itu melebarkan sayapnya ke beberapa tempat lain seperti Mid Valley dan Paradigm Johor Bahru.
Tahun 2019 menyaksikan secara tiba-tiba rakyat Malaysia dikejutkan dengan penutupan cawangan Wendy’s di Malaysia. Berjaya Group yang merupakan pemegang lesen pengoperasian Wendy’s diberitakan tidak lagi mahu memperbaharui lesen.
4. Shakey Pizza
Sebelum kehadiran Domino’s dan Pizza Hut, Shakey Pizza merupakan restoran makanan segera yang menawarkan menu pizza pertama di Malaysia.
Walaupun pizza merupakan makanan yang asing ketika itu di Malaysia, restoran makanan segera ini tetap mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Topping yang banyak, ayam goreng, pasta dan hiding istimewa iaitu Mojos membuatkan nama mereka terkenal.
Namun, kemasukan Pizza Hut di pasaran Malaysia bikin Shakey Pizza tidak mampu lagi untuk bersaing. Akhirnya pada tahun 2005, Shakey Pizza telah bergabung dengan Domino’s dan kesemu cawangan Shakey Pizza telah bertukar menjadi Domino’s Pizza.
5. Papa John’s
Pada tahun 2009, Papa John’s telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia dibawah Berjaya Group.
Namun disebabkan pada ketika itu Pizza Hut dan Domino’s kekal menjadi pilihan utama para pelanggan, secara tidak langsung mereka tidak mampu untuk bertahan lama.
Difahamkan cadangan penutupan kesemua cawangan Papa John’s di negara ini diputuskan oleh pihak atasan restoran makanan segera berasal dari Amerika Syarikat ini.
Jadi antara lima-lima restoran makanan segera ini, yang manakah paling anda rindui?