5 Punca Sempitnya Rezeki Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang, Apa Agaknya?

Rezeki – Punca Sempitnya Rezeki  Dan Amalan Untuk Perolehi Rezeki

Datang seorang lelaki bertemu dengan Amirul mukminin Sayyidina Ali b Abi Talib رضي الله عنه lalu mengadu :

Aku dapati rezekiku sempit sekali. Sayyidina Ali b Abi Talib رضي الله عنه berkata kepadanya:

ADVERTISEMENT

Kemungkinan engkau MENULIS DENGAN PEN YANG DIIKAT.

Beliau menjawab: Tidak

Kemungkinan engkau MENYIKAT DENGAN SIKAT YANG PATAH.

Jawabnya: Tidak

ADVERTISEMENT

Kemungkinan engkau BERJALAN DIHADAPAN ORANG YANG LEBIH BERUSIA DARI ENGKAU.

Jawabnya tidak.

ADVERTISEMENT

Kemungkinan engkau TIDUR SELEPAS SUBUH.

Jawabnya: Tidak.

Kemungkinan engkau MENINGGALKAN DOA KEPADA DUA IBU AYAH.

Beliau menjawab: Ya Wahai Amirul Mukminin.

Kata Sayyidina Ali b Abi Talib رضي الله عنه :

“Ingatlah (Berdoalah) kepada mereka berdoa, kerana aku mendengar Baginda Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم bersabda:

‎ترك الدعاء للوالدين يقطع الرزق
[Meninggalkan doa kepada kedua ibu ayah memutuskan rezeki]

‎من كتاب احياء علوم الدين للغزالي

BEBERAPA AMALAN YANG MENAMBAHKAN REZEKI SESEORANG

1) Berselawat ke atas Baginda Nabi صلى الله عليه واله وصحبه وسلم dan keluarga baginda setiap hari (sekurang-kurangnya) 100 kali

2) Beristighfar kepada Allah سبحانه و تعالى‎ sehari 100 kali dan lebih untuk diri sendiri, ibu bapa dan kaum muslimin seluruhnya

3) Keluar di awal pagi mencari rezeki

4) Berbelanja mengikut pendapatan

5) Makan secara berjemaah dan jangan sesekali makan berasingan. Orang yang baik di kalangan mereka memulakan dahulu. Menyebut nama Allah سبحانه و تعالى‎ ketika permulaan dan bersyukur kepada Allah سبحانه و تعالى‎ di akhirnya

6) Membersihkan rumah dari sarang labah-labah (kerana berlaku khilaf terhadap kesuciannya. Labah-labah itu nemakan lalat dan membuat sarang dari air liur hasil memakan lalat) dan juga membuang kekotoran.

7) Membasuh pinggan/bekas makanan

8 ) Memungut makanan yang jatuh (lalu membersihkannya)

9) Menjauhkan diri dari perbuatan zīnā mewarisi kekayaan

10) Bersugi menarik rezeki

11) Menyikat rambut/janggut selepas berwuduk menafikan kēfakīran

12) Menjalinkan hubungan silaturrahim menambahkan umur dan harta

Kitab : An-Nuraian fi Islahi Ad-Daraian

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Facebook Muhd Shahir
Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles