Kerugīan Besar Seorang Muslim Dalam Bulan Ramadan
1. Bangun Bersahur Tanpa Mendirikan Walau Dua Rakaat Solat Sunat.
Solatlah,
Paling kurang ialah solat dua rakaat sebelum sahur.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Siapa yang melakukan qiyam Ramadan kerana iman (percaya dengan janji Allah) dan ikhlas (hanya kerana Allah), akan diampunkan semua dosānya yang terdahulu.” (al-Bukhari dan Muslim).
Imam Wali al-Din al-‘Iraqi berkata: “Maksud qiyam Ramadan di sini bukan melakukan solat semalam penuh. Qiyam Ramadan boleh terhasil dengan melakukan solat pada sedikit masa di waktu malam seperti mutlak tahajud, solat tarawih bersama imam, atau solat isyak dan subuh berjemaah.” (Tarh al-Tathrib)
2. Menīnggalkan Hari Berlalu Tanpa Bersedekah.
Sedekah Afdal Bulan Ramadan
عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: “puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, ” Beliau ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Beliau menjawab: “Sedekah di bulan Ramadan.” Riwayat Tirmizi: No 599
Bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh kurma
3. Menunggu Waktu Berbuka Tanpa Mengangkat Tangan Memohon Doa.
Daripada Abdullah bin ‘Amr رضي الله عنه berkata bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)]
4. Tiada Usaha Untuk Mendekatkan Diri Dengan Al-Quran Yang Diturunkan Allah Dalam Bulan Ramadan
Ramadan bulan diturunkan al-Quran seperti firman Allah سبحانه و تعالى:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
5. Menghabiskan Siang Hari Dengan Tidur Dan Berbaring Tanpa Berbuat Apa-Apa Atas Alasan Berpuasa
Bulan Ramadhan adalah bulan yang digalakkan untuk memperbanyakan beribadah seperti membaca al-Quran dan lain-lain lagi. Begitu juga, bulan Ramadhan adalah bulan yang diberi ganjaran pahala yang besar serta berlipat kali ganda. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عنه, sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu kebaikan digandakan dengan sepuluh kali sehingga tujuh ratus kali ganda
Semoga Ramadan tahun ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam hidup kita. Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku