5 Keistimewaan Umat Nabi Muhammad ﷺ Saat Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tiada taranya. Tidak hairanlah ia diiktiraf sebagai penghulu sekalian bulan dalam Islam disebabkan banyaknya kebaikan yang terhimpun di dalamnya.

Berikut merupakan lima kurniaan Allah سبحانه و تعالى kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di bulan yang mulia ini.

Semoga kita sentiasa diberikan taufiq untuk menyantuni bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin dan berjaya menyempurnakan hak-hak bulan ini bagi menggapai pelbagai kurniaan yang tersedia di dalamnya, amin.

5 KURNIAAN ALLAH سبحانه و تعالى KEPADA UMAT MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم DI BULAN RAMADHAN

أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌ قَبْلِي: أَمَّا وَاحِدَةٌ، فَإِنَّهُ اِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِمْ، وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا.

وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفَ أَفْوَاهِهِمْ حِيْنَ يَمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ.

وَأَمَّا الثَّالِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ. وَأَمَّا الرَّابِعَةُ: فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا اِسْتَعِدِّيْ وَتَزَيِّنِي لِعِبَادِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِحُوْا مِنْ تَعْبِ الدُّنْيَا إِلَى دَارِيْ وَكَرَامَتِي.

وَأَمَّا الخَامِسَةُ: فَإِذَا كاَنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا. فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: هِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: «لَا، أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ إِذَا فَرَغُوْا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وَفُّوُا أُجُوْرَهُمْ».

Dikurniakan kepada umatku lima (5) perkara pada bulan Ramadhan yang tidak pernah dikurniakan kepada seorang nabi sebelumku

PERTAMA

Apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah سبحانه و تعالى memandang kepada mereka (umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ). Sesiapa yang Allah سبحانه و تعالى memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazāb selama-lamanya.

KEDUA

Bau mulut orang yang ketika berpuasa  lebih harum di sisi Allah سبحانه و تعالى daripada bau Kasturi

KETIGA

Para malaikat mengucapkan istighfar (memohon keampunan) bagi mereka setiap siang dan malam Ramadhan

KEEMPAT

Allah سبحانه و تعالى memerintahkan syurga-Nya dengan firman-Nya: “Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku. Hampir-hampirlah mereka akan berehat ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku”.

*** bahawa Allah سبحانه و تعالى memanggil syurga-Nya setiap hari. “Wahai syurga-Ku, bersiap sedialah pada hamba-Ku yang soleh yang mengerjakan puasa, boleh jadi ada yang meninggālkan dunia maka ia akan masuk syurga-Ku. 

maka syurga itu bersiap-siap dan berhias setiap harinya dengan panggilan itu.

KELIMA

Apabila akhir malam Ramadhan, Allah سبحانه و تعالى mengampunkan mereka semuanya.

Seorang sahabat bertanya: Apakah itu lailatul qadr wahai Rasulullah?

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Tidak, tidakkah kamumelihat bahwa para pekerja yang melakukan sesuatu pekerjaan mereka, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya/ganjarannya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles