5 Golongan Yang Muflis Di Akhirat, Berhatilah! Dua Antaranya Ada Berhampiran Kita

ALLAH سبحانه و تعالى‎ memerintahkan agar umat manusia mencari bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa pulang ke negara akhirat yang mana sebaik-baik bekalan adalah ketaqwaan kepada Allah سبحانه و تعالى‎ . Maka, kita disuruh beramal dan melakukan kebajikan seikhlas dan sebanyak yang mungkin.

Bagaimanapun, bukan satu perkara pelik jika dikhabarkan di akhīrat kelak terdapat golongan manusia membawa pahala amal kebajikan selama mereka hidup di dunia, namun semuanya diberikan kepada orang lain.

Lebih dahsyāt, dia terpaksa pula menānggung dosā-dosā dan kesalahān dilakukan orang lain. Golongan itu digelar oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم  sebagai golongan yang muflīs di akhīrat.

النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
‎أتَدْرُونَ مَنْ الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Dari Saidina Abu Hurairah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ bahawa Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflīs?”

Sahabat-sahabat Baginda menjawab :

“Orang yang Muflis menurut kami Ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang dan tidak ada harta benda.”

Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud :

“Sebenarnya Orang Muflīs dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kīamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memakī hamūn orang ini, dan menūduh orang itu, pmemakan harta orang orang ini, menumpāh darāh orang itu dan juga memukūl orang. Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesālahan-kesālahan yang di tanggungnya, akan di ambil pula dari kesalāhan-kesalāhan orang yang di anīayakannya serta di timpakan keatasnya, kemudian ia di humbānkan kedalam nerāka.” (Hadis Riwayat Imam Muslim dan Imam At Tirmizi)

Dalam hadis di atas Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menyatakan secara khusus mereka yang akan menjadi muflīs di hari akhīrat adalah mereka yang suka :

1. Kesalahan memakī hamūn orang ini.

2. Menudūh orang itu.

3. Memakan harta orang orang ini.

4. Menumpāh dārah orang itu dan

5. Memukūl orang.

Petikan syarahan Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menghurai orang yang memakī hamūn dan menudūh orang memperingatkan bagi orang zaman ini yang menggunakan jari-jarinya menaip di internet dengan fītnah dan makī hāmun sesungguhnya di akhīrat nanti mulut kita tidak lagi boleh bercakap, yang akan bercakap adalah jari-jari kita. Jari-jari ini yang menaip makī hāmun dan fītnah, diakhīrat nanti orang yang dimakī hamūn dan difītnah akan menuntut haknya dari pahala-pahala amalan yang kita bawa. Sesudah habis pahala maka ditanggung pula dosā-dosā mereka yang menuntut akan hak mereka atas kita.

Ketahuilah berapa ramai yang akan melihat, mendengar fītnah dan kata makī yang kita lemparkan atas si fulan. semuanya tertanggung atas orang yang memulakan akan fītnah itu.

Maka berjaga-jagalah dengan jari-jari kamu yang menaip.

– Ad Da’ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid –

Ibn Mas’ud رضي الله عنه  kata apa yang paling berhak dikurung atau dipenjarakan ialah lidah. Tapi sekarang mungkin jari.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles