4 Tips Kepada Mereka Yang Mengalami Kesukaran Menyebut Huruf ‘R’ atau Pelat ‘R’

TIP NAK ATASI PELAT ‘R’

Saya adalah salah seorang yang mengalami masalah pelat R atau pun mengalami kesukaran menyebut huruf R dengan betul.

Jadi saya mempunyi pelat R yang terlalu kuat yang mana ketika itu pada umur lapan tahun atau pun darjah 2 saya mendeklamasikan sajak. Intronya macam ni tau..

Assalamualaikum.. hadiGHin hadiGhat, pada haGHi ini saya akan menyampaikan sebuah sajak yang bertaGHtajuk meGHdeka..

Masa tu saya tak tahu pun yang saya pelat. Saya dengan yakinnya cakap benda tu dekat depan khalayak ramai. Jadi masa tu memang terlalu kuat la pelat R saya. Memang R tu memang dekat tengkuk (bunyi) ni ha.. maklum la bangsa Itali.. melanau

BAGAIMANA SAYA MENGATASI MASALAH PELAT R

Berikut adalah cara saya mengatasi masalah pelat R. Sekarang saya dah boleh sebut R dengan betul. Jadi ini adalah merupakan cadangan ataupun guru saya yang pernah ajar dahulu. Caranya adalah :

  • CARA PERTAMA : Gulungkan Lidah

Kebanyakkan mereka yang tidak dapat sebut R dengan betul, mereka ini tidak dapat menggulungkan lidah. Jadi cuba berlatih untuk gulungkan lidah dan lama kelamaan akan ok

  • CARA KEDUA : Rrrrrrrrrrrrrrrr (berlatih buat bunyi)

Kebanyakkan pelat R dia akan Rrrr (bunyi keluar di tengkuk) sepatutnya di lidah. (boleh refer video dibawah nanti). Jadi untuk mereka yang nak hilangkan pelat R boleh main kan selalu teknik ini.

  • CARA KETIGA : Ulang, Ulang dan Ulang Cara PERTAMA dan KEDUA

Ulang sampai dapat. InsyaAllah akan ok nanti. Dapat sebut R dengan lebih baik.

  • CARA KEEMPAT : Berdoa.

Kita dah berusaha, dah ber ‘praktis’. Jadi seterusnya kita berdoa lah, bertawakal supaya kita dapat buang pelat R atau mengurangkan pelat R itu.

InsyaAllah, akan dapat nanti. Tonton video ini untuk lebih paham. Good Luck, semoga berjaya.

Menurut perkongsian MyHealth, pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi).

Yang pasti ia berkait dengan organ lidah.

Menurut Pengamal Perubatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Khairul Izwan, selain berfungsi untuk merasa makanan, lidah juga membantu kita untuk bercakap dan bertutur dengan baik.

“Sebutan sesuatu huruf banyak dipengaruhi oleh pergerakan lidah kita.

Sebagai contoh, huruf R dibunyikan apabila hujung lidah digerakkan menyentuh bahagian langit-langit atas. Manakala sebutan huruf S dibunyikan apabila hujung lidah menyentuh bahagian belakang gigi kacip atas.

Bagi sesetengah individu, kebolehan menyebut huruf-huruf ini terbatas menyebabkan mereka menjadi pelat. Perasan tak ada kawan-kawan atau kita sendiri yang pelat dan tidak dapat menyebut huruf S dan R dengan jelas?

Cuba anda angkat lidah anda dihadapan cermin dan lihat pada bahagian bawah lidah. Perasan tak ada satu “benang” halus yang menyambungkan bahagian bawah lidah kita dengan lantai mulut?

“Benang” ini disebut sebagai lingual frenum/frenulum. Ianya berfungsi untuk menyokong kedudukan serta pergerakan lidah kita,” terangnya dalam status yang dimuatnaiknya di Facebook.

Menurutnya, bagi individu yang pelat, lingual frenum/frenulum ini lebih panjang bentuknya sehingga terbentuk lebih ke hadapan daripada posisi yang sepatutnya. Dalam keadaan begini, lidah akan terlihat seolah-olah pendek dan menyebabkan pergerakannya menjadi terbatas

Sebab itulah pada individu begini, sebutan mereka menjadi terganggu sehingga kita menggelarkan mereka sebagai pelat. Keadaan ini disebut sebagai “tongue tie” atau “ankyloglossia”, jelas Dr Khairul.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : ML Studio

Related articles