4 Keadaan Manusia Ketika Mencari Harta, Mudah-Mudahan Allah Golongkan Kita di Golongan Keempat.

Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم , Abu Hurairah رضي الله عنه ada memberitahu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah suatu ketika bersabda:

“Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis itu isyarat jelas dan boleh dijadikan motivasi buat umat Islam supaya giat bekerja mencari sumber rezeki untuk keperluan hidup.

Penegasan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerusi sabdanya itu turut memberikan makna bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya meminta-minta dalam menampung keperluan hidup.

Islam amat menyanjung tinggi keringat yang dicurahkan bagi setiap pekerjaan yang ditekuni secara halal di sisi syarak.

Apapun pekerjaan yang dilakukan sama ada besar atau kecil mestilah tertakluk kepada hukum syarak serta hukum halal dan ha-ramnya.

Kehalalan sesuatu pekerjaan itu wajib dijadikan pasak utama supaya setiap sen yang diperoleh adalah sah di sisi agama.

Sebab itulah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah mengajar umatnya supaya memanjatkan doa kepada Allah سبحانه و تعالى‎ supaya kita dikurniakan sumber rezeki yang cukup dan halal.

Misalnya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم meninggalkan satu doa yang bermaksud:

“Ya Allah, limpahkanlah kecukupan kepada kami dengan rezeki-Mu yang halal daripada memakan harta yang Engkau haramkan dan cukupkanlah kami dengan kemurahan-Mu daripada mengharapkan huluran tangan selain-Mu.”

Doa itu terangkum dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam at-Tirmizi dan Imam Ahmad.

4 KEADAAN MANUSIA KETIKA INGIN MENCARI HARTA

Berkata Al Allamah Al Arif Billah Al Habib Zein bin Ibrahim bin Smith :

Manusia itu terdiri daripada 4 keadaan ketika ia ingin mencari harta iaitu :

#1 – PERTAMA 

Mereka yang memperoleh dengan cara ha-ram dan menggunakan harta tersebut untuk perkara yang ha-ram. Orang seperti ini akan dise-ret ke nera-ka.

#2. – KEDUA

Mereka yang memperoleh dengan cara halal tetapi menggunakan harta tersebut untuk perkara yang ha-ram. Orang seperti ini akan dise-ret ke nera-ka.

#3. – KETIGA

Mereka yang memperoleh dengan cara yang ha-ram dan menggunakan harta tersebut untuk perkara yang halal. Orang seperti ini juga akan dise-ret ke nera-ka.

#4. – KEEMPAT

Mereka yang memperoleh dengan cara yang halal dan menggunakan harta tersebut untuk perkara yang halal. Orang seperti ini akan diberhentikan untuk di hisab.

SEMOGA BERMANFAAT

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles